Singgah Sini Juga

Saturday, January 14, 2012

Isu Sudah Selesai, Tumpukan Pada Perlawanan.


Assalamualaikum..

Berita ini dipetik daripada KOSMO online


Gambar daripada kosmo:Perbincangan FAM 

"DEMI semangat kesukanan, akhirnya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berlembut.
Badan induk bola sepak negara itu mencapai kata sepakat pada mesyuarat khas Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) kali ke-15 semalam untuk melanjut- kan tarikh pendaftaran pemain import ke- pada 13 Februari depan.
Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin menyifatkan langkah tersebut dilihat jalan penyelesaian terbaik bagi mena- ngani kontroversi pendaftaran pemain import di dalam Liga Malaysia (Liga-M) 2012.
Jelasnya, ahli-ahli jawatankuasa telah bersetuju untuk membenarkan mana-mana pasukan yang berhasrat untuk mengganti atau menukar pemain import mereka sele- pas FAM mendapat kelulusan daripada FIFA berkenaan lanjutan tarikh untuk mendaftar pemain import dalam Liga M.
Hamidin berkata, meskipun tarikh itu dilanjutkan pada bulan depan, namun syarat- syarat pemain import itu masih bertakluk kepada terma terdahulu dengan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan FAM."
Nak baca lebih lanjut, klik SINI..
Alhamdulillah, selesai juga isu ini, dan pemain import daripada pasukan Terengganu akan diturunkan dalam saingan liga super musim ini. Semoga berita ini akan menaikkan lagi semangat para pemain kita untuk mencatatkan keputusan cemerlang walaupun kalah di tangan Perak untuk perlawanan pertama musim ini. 
PETEH GANU PETEH!!

**Dengar kata gaji pemain import tu tinggi, ada ura-ura cakap sampai RM 100k.. betul ke tidak??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...