Singgah Sini Juga

Thursday, March 1, 2012

Alahai manusia..

Assalamualaikum..

tengok tajuk kat atas tu, ade x sape-sape pembaca kat sini yang mengaku dia bukan manusia, mesti xde kan sebab kita semua ni manusia walaupun berbeza pegangan agama, bangsa dan negara..

sebagai manusia pulak kita mesti ada perasaan, baik negatif ataupun positif kan.. dan jika kita melihat sekeliling kita, kita akan perasan terdapat pelbagai jenis manusia dan ragamnya.. jom kita baca sama-sama ragam seorang manusia..

-kita selalu merungut x cukup masa, untuk buat kerja dan assigment sedangkan masa kita sehari hanya 24 jam, x lebih dan x kurang dan semua manusia hanya ada 24 jam.. xde yang berkecuali..

-kita selalu je merungut kerana setiap peraturan itu amat ketat sedangkan melalui peraturan itu la yang dapat menjamin keselamatan dan keselesaan setiap manusia dan pandai pula gunakan peraturan sebagai alasan sekiranya terjadi sesuatu..

-kita sentiasa ingin menjatuhkan orang lain sedangkan sekiranya kita berusaha, kita semestinya mampu berada di tempat yang lebih tinggi daripada orang lain tanpa perlu menjatuhkan orang lain..

-kita selalu je cemburu dengan kekayaan yang dimiliki oleh orang lain sedangkan hidup kita sekarang, segala barang keperluan sudah mencukupi..

-bila je dengar ceramah agama, kita mulai beransur-ansur insaf tapi keluar je dari ceramah tu, perangai jahat dulu mula kembali..

-kita selalu mengutuk segala perbuatan yang dilakukan oleh penganut agama lain untuk menyembah Tuhan mereka sedangkan diri kita sendiri pun tidak pernah dekat dengan Tuhan kita..

-kita selalu je beremosi apabila menonton sinetron indonesia dan drama korea sedangkan saudara seislam kita dibunuh, kita langsung x rasa apa-apa..

-kita sukakan keindahan alam semula jadi, dan sanggup bayar mahal untuk menikmati alam semula jadi, tapi kita tetap buang sampah merata-rata..

itulah ragam manusia dan mungkin sifat aku juga ada dalam tu, dan penulisan ini hanyalah sebagai batu loncatan untuk kita mengenali diri kita masing-masing dan muhasabah diri kita sebelum kita mengubah diri masing-masing..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...