Singgah Sini Juga

Monday, February 13, 2012

CARA UNTUK BERHENTI MEROKOK


Assalamualaikum..

                Tajuk yang biasa didengar, tetapi berapa ramai yang mampu mengaplikasikannya? Seumur hidup aku la sepanjang 21 tahun ni, aku x pernah lagi jumpa seseorang yang berjaya berhenti merokok dengan sepenuhnya tetapi aku tahu ada di kalangan orang di luar sana tu dah berjaya berhenti merokok. Ye dak? Okeh2, xyah nak buang masa lagi, jom aku ajar cara nak berhenti merokok ni.



1.                 Sebelum berhenti merokok, kita kena berhenti MEMBELI rokok. Bila kita berhenti membeli rokok, secara automatiknya, kita akan meminta rokok daripada kawan-kawan kita. Ada dua kemungkinan akan terjadi di sini. Pertama, kita akan merasa malu kerana asyik meminta dan kedua kawan kita akan merasa x puas hati kerana rokoknya selalu di “paw”. Kemungkinan pertama memerlukan semangat diri yang kuat untuk menghalang niat kita membeli rokok dan kemungkinan kedua akan menyebabkan kawan kita menyorokkan rokok itu daripada kita kerana sape la yang tahan kan asyik kena “paw” je kan? Tapi yang pastinya sebelum berhenti merokok, kita kena berhenti MEMBELI rokok.

2.                 Simpan je niat kita untuk berhenti tu hanya untuk pengetahuan diri sendiri. Maksud kat sini janganlah bagitau kat orang lain sebab aku yakin perokok-perokok di sekeliling kita tu, semakin diorang tahu kita nak berhenti, semakin diorang bagi ujian yang berat. Dalam tempoh untuk berhenti tu, sekiranya seorang kawan menghulurkan rokok, itu namanya rezeki. Tetapi sebaiknya tolak aje dan bagi je alasan sakit tekak, konfirm x cakap banyak dah kawan korang tu.

3.                 Sekiranya keinginan untuk merokok itu datang, cuba hiburkan diri anda dengan rancangan yang boleh membuatkan diri anda ketawa terbahak-bahak. X logik ke? Kita fikirkan balik, hisap rokok memerlukan ketenangan, baru syok kan. Dan kalau semamsa hisap rokok, kita ketawa terbahak-bahak, mesti akan terasa betapa peritnya tekak kita kan. Sebab tu la bila je kita tengok cerita kelakar, keinginan kita untuk merokok mesti menurun.

4.                 Jangan terlalu paksa diri untuk berhenti merokok. Nak berhenti merokok mesti la kena paksa diri kan sebab tu la aku letak ayat TERLALU tu. Jangan kerana nak berhenti merokok, mulut berbuih sampai tak sedarkan diri, stress berpanjangan dan xleh nak kawal emosi diri sendiri. Lebih elok jika dilakukan berperingkat dengan mengurangkan kuantiti rokok yang diambil.

5.                 Kurangkan aktiviti sosial dengan golongan perokok. Maksud kat sini bukanlah nak memutuskan silaturrahim tapi kurangkan sebab bila kita keluar bersosial dengan golongan  perokok ni, keinginan untuk merokok semakin kuat dan aktiviti ini akan berulang kembali.

6.                 Minum banyak air masak. Yang ni aku x tau kaitan apa Cuma ada iklan dalam tv bagitahu.

Cukuplah tu kan cara-cara yang aku berikan, terpulang pada saudara saudari untuk mengaplikasikan atau tidak. Tu je la cara yang aku gunakan untuk berhenti merokok walaupun samapi sekrang masih lagi belum berjaya tetapi aku dah berjaya mengurangkan kuantiti pengambilan rokok sehari demi sehari. Tapi ada satu kata pepatah orang putih :

“stop smoking is the easiest things to do, that’s why i had done it hundreds of times”

                Daripada ayat tu kita dah tau kan penulis ayat ni dah mencuba beratus kali untuk berhenti merokok tetapi masih x berjaya. Jadi, kepada semua perokok di luar sana tu, berhentilah merokok untuk diri anda sendiri dan juga untuk orang lain. Satu slogan dari aku:

“berhentilah merokok, ingatlah orang tersayang”



Sunday, February 12, 2012

TANGISAN SEORANG WANITA

Assalamualaikum..

                Petang tadi aku mengalami satu lagi kejadian yang aku fikir satu kejadian yang pelik. Meh sini aku nk cerita dulu sikit.

mudahnya seorang perempuan mengalirkan air mata


                Macam ni, tadi aku keluar dengan member aku dan aweknya, bukan niat aku nak kacau daun tapi dah member aku tu ajak teman, aku ikut je la kan. Lagipun awek dia tu member aku jugak. Mula-mula kami bergelak ketawa dan bersuka ria je tapi disebabkan ada sedikit masalah tiba-tiba je awek member aku tu menangis.

                Dia xde la tunjuk depan aku dia menangis cuma aku je yang perasan dia duk tertunduk je dalam kereta tu. Yang buat aku pelik, kenapa mudah sangat nak menangis sedangkan tadi tu ok je duk bergelak ketawa?

                Kenapa erk? Memang perempuan ni mudah menangis ke? Ke mereka memang manja? Sampai sekarang aku xleh nk fikir jawapan. Adakah mereka memang cepat tersentuh atau mereka memang xleh nak kawal perasaan sekiranya ditimpa sesuatu masalah?

                Yang menjadi masalahnya, adakah dengan tangisan itu mampu menyelesaikan masalah? Adakah dengan tangisan itu mampu meredakan perasaan yang bergolak?

                Dan yang menjadi lebih pelik lelaki mudah tewas dengan tangisan seorang wanita. Aku x kata kat sesiapa pun, sebab aku sendiri pun ada dalam kalangan lelaki jenis tu. Hebat betul kan tangisan seorang wanita ni.

                Arghh!! Aku memang x faham dan x tahu kat mana specialnya tangisan seorang wanita ni sehinggakan jika seorang wanita menangis x kira apa pun masalahnya, lelaki akan menjadi kelam kabut untuk menenangkan perasaan wanita itu tapi kalau la lelaki menangis tanpa sebab, memang mati la kena bakar. Ye dakk?

                Tu je sebab aku tulis entry ni, aku harap ada la sesiapa yang dapat bantu aku jawab persoalan ini, kat mana hebatnya air mata seorang wanita tu?
               
               
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...