Singgah Sini Juga

Saturday, February 11, 2012

DALAM TANDAS PUN BOLEH


Assalamualaikum..

                Bertemu lagi kita dalam blog pencacai cerita, pandai mencacai ke tidak? Kali ni kalau tengok dari tajuk mesti ada yang duk fikir entry ni mesti ada unsur lucah ataupun unsur buang bayi dalam tandas tetapi malangnya tekaan itu silap kerana isu yang ingin dibincangkan ini adalah mengenai vandalisme yang berlaku di dalam tandas.
                Sebelum meneruskan nukilan ini, aku hanya ingin menjelaskan tandas yang ingin aku bincangkan ini bukanlah tandas di rumah tetapi lebih menjurus kepada tandas awam di mana-mana sahaja. Nak kata semua tandas awam kat Malaysia ni aku dah pergi x juga tapi hal ini boleh dikatakan terjadidi semua tandas awam di Negara kita ini.
                Vandalisme yang aku maksudkan ialah contengan-contengan yang terdapat dalam tandas. Kalau tandas perempuan tu aku x tahulah sebab aku x pernah masuk tetapi kalau tandas lelaki, macam-macam iklan ada.
                Ada iklan yang tawarkan no telefon awek, ada yang tawarkan khidmat seks, ada juga yang tawarkan khidmat gay sehinggakan berlambak no telefon yang ada dalam satu tandas tu sehinggakan masa tengah lepaskan hajat tu sempat lagi nak mendail tapi aku x buatlah, aku tengok sahaja sambil tersenyum.
                Kalau setakat iklan tu x kisah sangat, tapi kempen politik pun ada. Jangan undi parti ni, parti ni makan rasuah, harga barang naik lagi, ape cerrr, dan banyak lagi la. Tengah lepas hajat pun sempat lagi nak berfikir betul ke x kempen ni.
                Tu aje yang aku nak sampaikan dalam entry ni, memang banyak kegunaan tandas awam kat Malaysia ni, buang hajat, iklan, kempen, nasib baik la xde lagi aku ternampak jemputan kahwin dalam tandas tu, kalau x mahu je aku tergelak sakan.
                Bukan aku nak galakkan la, tapi cuba la kita fikir sikit, nama pun tandas awam kan, mesti la untuk kegunaan orang ramai dan perbuatan kita yang menconteng dinding itu boleh menyebabkan ketidakselesaan orang lain untuk menggunakan tandas itu. Ye dakk?

*nak tanya sikit, tandas perempuan pun macam ni gak ke? hihi
               
                

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...