Singgah Sini Juga

Tuesday, February 14, 2012

KAIN SENDIRI DIANAKTIRIKAN, KAIN ORANG DIJUNJUNG-JUNJUNG

Assalamualaikum.




                Entry ni bertujuan untuk meluahkan ketidakpuasan hati ini kerana diri ini sentiasa menjadi perhatian orang kampung. Bukan sekali segala gerak-geri diperhatikan tetapi sudah banyak kali berlaku. Adakah aku seorang artis? Ataupun seorang ahli politik? Sehingga diri menjadi perhatian sebegitu rupa.

                Begini ceritanya, aku sekarang ada kat kampung dan biasa la kan, remaja, mana boleh lekat kat rumah, kurang-kurang mesti la keluar juga kan. Yang jadi masalahnya, setiap pergerakan aku kat kampung ni sentiasa diperhatikan.

                Aku ni bukan la popular sangat kat kampung ni, sekali sekala je balik tu pun x lama tapi apa yang jadi kat aku ni buat aku jadi marah. Boleh dia cakap kat ayah aku yang aku keluar pakai selipar jepun dan ini secara tidak langsung menjatuhkan martabat ayah aku yang sentiasa kemas itu.

                Korang boleh bayangkan x? kerana selipar aku ditegur cara baik oleh ayah aku padahal selipar je pun. Bukan aku hisap dadah, bawak anak dara orang naik atas motor, aku hanya memakai selipar jepun je. Tu pun nak wat cerita gak ker?

                Tu yang buat aku marah, aku kenal pak cik ni, anak dia pun aku kenal, dia sibuk nak jaga tepi kain aku ni tapi dia sedar x apa yang anak dia buat? Aku x nak aibkan orang, cukuplah aku katakan anak dia tu melakukan kegiatan yang tidak sihat.

                Bukan aku nak kata kat anak dia tu, cuma fikirlah sikit,aku xleh nak halang la dia nak jaga tepi kain aku ni, tapi jangan la sampaikan selipar yang aku pakai tu pun nak jadi isu, lain la kalau dia nampak aku hisap dadah ke, yang tu bernas la sikit nak ‘report’ pun. Ye dakk?

                Lagi satu jangan la sibuk nak jaga tepi kain orang sehinggakan kain sendiri pun tidak dijaga dan memerlukan penjagaan orang lain ye pak cik. Jangan sampai kesabaran ini melampaui batas sehinggakan hilangnya hormat saya ni kat pak cik.

                Last sekali, entry ni bukan semata-mata untuk meluhakan ketidakpuasan hati ni tapi juga sebagai pengajaran kepada sesiapa yang suka jaga tepi kain orang tu, sebelum nak jaga tepi kain orang tu, jagalah baik-baik kain sendiri tu. Janganlah kain sendiri dianaktirikan, kain orang dijunjung-junjung. 



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...