Singgah Sini Juga

Monday, February 20, 2012

Merekalah yang terbaik..

Sebelum aku teruskan entry ni, aku nak tanya korang semua dulu satu soalan cepu emas, “antara kawan dengan kekasih, jika diberikan satu pilihan, siapakah yang akan korang pilih”. Soalan yang senang jika dibaca sekali imbas tetapi jika difikirkan sedalamnya, mungkin tiada jawapan yang mampu kita berikan. Ye dak??

Mungkin ada di kalangan korang ni tanpa teragak-agak akan jawab “KAWAN” dan aku juga pernah tergolong dalam kalangan ini sehinggalah seseorang yang bernama kawan ini sanggup menikam aku dari belakang sehinggakan kepercayaan yang ada telah dihancurkan begitu sahaja.

Sehinggalah aku terpaksa memilih seseorang yang bernama “KEKASIH”. Tetapi pilihan itu tidaklah terlalu lama apabila si dia curang terhadap aku dan dalam diam telah merobek hati ini. Aipsss, ini bukan sesi luahan perasaan, jangan duk kata penulis ini seorang yang emo pula.

Sehinggalah tiba suatu saat, aku sedar ade beberapa yang sentiasa teguh berdiri di belakang aku ni tanpa mengira saat susah senang, sedih gembira. Mereka adalah seorang yang bernama “KELUARGA”. Merupakan seorang yang sentiasa menyokong kita dari belakang, kalau “solat itu tiang utama”, keluarga ini boleh dikatakan sebagai tunjang kehidupan kita. 

Jadi pada sahabat semua, khusunya pada yang berada jauh daripada keluarga di kampung, sekiranya kita semua mampu menghabiskan masa selama berjam-jam untuk keluar berhibur dengan kawan-kawan, kita juga mampu untuk menjadi hamba abadi telefon bimbit untuk bergayut dengan pakwe/makwe, mengapa kita tidak boleh menghabiskan sedikit masa untuk diluangkan bersama keluarga kita.

Nukilan ini juga peringatan untuk diri sendiri yang pernah mengabaikan keluarga untuk kawan-kawan  dan juga kekasih dan berharap sesiapa yang membaca nuilan ini tidak akan mengulangi kesilapan yang pernah dilakukan.



4 comments:

Cik Nurul said...

Nice entry.. Salam kenal, first time singgah sini.. ;)

md_saf said...

amatlah benar sekali, keluarga adalah yg paling penting...

Pencacai Cerita said...

salam perkenalan cik nurul..

Pencacai Cerita said...

betul tu mdsaf kyo..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...