Singgah Sini Juga

Sunday, February 12, 2012

PEREMPUAN DAN KECANTIKAN

Assalamualaikum..

dua-dua cantik tapi yang menutup aurat lebih ayu dan sopan (sory cik heliza-gambar dari google)

Tengok dari tajuk je mesti semua dah tau apa yang ingin aku tuliskan hari ni kan. Tidak ada banyak keistimewaan pun entry untuk hari ini Cuma ingin menyampaikan rasa kagum aku ni pada makhluk yang bernama wanita.

Mesti semua duk tertanya-tanya apa kaitan perempuan dan kecantikan dengan rasa kagum kan. Okay-okay, jom kita sama-sama fikirkan sedalamnya akan kecantikan wanita ini.

Kecantikan seorang wanita terbahagi kepada dua iaitu kecantikan luaran dan juga kecantikan dalaman. Cantik dalamnya, maka cantik juga luarannya. Cantik luarannya belum tentu menjamin kecantikan dalamannya. 

Tetapi apa yang ingin aku bincangkan di sini hanyalah kecantikan luaran seorang perempuan. Mesti semua pernah melihat perempuan yang seksi dan yang menutup auratnya dengan sempurna kan? Aku juga tidak terkecuali tetapi bolehkah kamu semua melihat perbezaan kecantikan seorang perempuan yang seksi dan seorang perempuan yang menutup auratnya dengan sempurna?

Meh sini aku nak terangkan, perbezaan kecantikan perempuan yang seksi itu dengan perempuan yang menutup auratnya dengan sempurna adalah cara mereka menunjukkan kecantikan masing-masing. Kenapa erk?
Perempuan yang seksi ini sentiasa ingin menunjukkan kecantikan mereka. Kalau bukan sebab nak tunjukkan body yang cantik, takkanlah mereka sanggup pakai seksi kan, nak kata selesa pun xde la sangat, sebab itu la aku kata mereka ingin menunjukkan kecantikan yang ada pada tubuh mereka dan sekiranya cantik, mereka tetap dipuji sebagai perempuan yang cantik. Ye dakk?

Berbanding dengan yang menutup auratnya dengan sempurna, mereka tidak ingin menunjukkan kecantikan yang ada pada diri mereka tetapi di mata lelaki, penampilan yang mereka tunjukkan itu telah menunjukkan kecantikan, kesopanan, keayuan dan kesusilaan yang tinggi walaupun hakikatnya mereka tidak menunjukkan apa-apa. Betul x para lelaki sekalian?

Dua sebab kat atas tu lah yang membuatkan aku kagum pada kecantikan seorang perempuan ini, walaupun ada di kalangan mereka bersungguh-sungguh menunjukkan kecantikan mereka dan ada juga di kalangan mereka yang langsung tidak menunjukkan kecantikan mereka, aku masih merasakan mereka semua cantik. Dan satu lagi, kalau la nak nampak cantik, x perlu la nak pakai seksi-seksi samapai semua nak tunjuk, sebab kalau dah namanya cantik, tutup aurat pun tetap cantik. Okay, sehingga ketemu lagi ya di entry yang lain.






2 comments:

biha yahya said...

cool man :) haha, cantik luaran tak bermakna cantik dalamnya.

Pencacai Cerita said...

betol..sebab tu la entry ni sebut pasal cantik luar je..sebab kite duk tengok je orang yang lalu lalang, nak tengok dalaman, kene perhati betol2, xleh la sekadar skodeng je..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...