Singgah Sini Juga

Saturday, February 18, 2012

SEKIRANYA BEKALAN INTERNET TERPUTUS


Assalamualaikum..

                Tajuk yang mampu mengejutkan orang ramai dan mungkin ada juga kalangan kamu semua ni percaya kemungkinan ini tidak akan terjadi tetapi sekiranya terjadi, apakah yang akan berlaku kepada pengguna-penggunanya? Ini yang dapat aku fikirkan.

1.       Billionaire seperti mark zukenberg akan muflis. Ni yang pertama yang dapat aku fikirkan, sebab kan dia ni pemilik facebook, dan facebook ni memang sumber utamanya daripada internet dan sekiranya bekalan internet terputus maka secara tidak langsung ciptaan facebook ini tidak akan berguna dan seterusnya memufliskan mark. Ye dakk??

2.       Penjual kad prepaid dan talian berbayar akan semakin kaya. Ni pulak sebab dah internet tak ada, telefonlah yang akan menjadi alat komunikasi utama. Nak guna telefon mesti kena ada kredit, nak ada kredit kena la beli prepaid. Ada paham ka??

3.       Posman akan semakin sibuk. Yang ni mesti semua dah tau kan, mesti la sebab kalau nak berkomunikasi dengan rakan di luar negara. Kalau nak guna telefon, mak oi, mahal la. Mampu ke? Kalau x mampu mesti la surat yang jadi galang gantinya kan dan ini secara tidak langsung akan menyibukkan lagi abang-abang posman kat luar sana tu.

4.       Vcd dan cd akan popular kembali. Sekarang ni bukan x popular cuma mungkin ada yang lebih suka untuk memuat turun cerita, klip video dan sebagainya daripada internet dan contoh terdekat adalah aku. Kalau dulu, jarang pergi mana-mana, tempat pertama aku singgah mesti kedai cd sebab nak cari cerita yang best tapi sekarang guna jari pun boleh dapat.

Tu je la yang aku dapt kongsikan. Yang ni pun aku amek secara umum dan kalau aku amek individu la, senang cerita mungkin ada yang akan mati kot bila internet ni diputuskan. Ye la, x dapat buka fesbuk, x dapt skype, x dapat layan youtube, x dapat maen tweet2 dan x dapat nak berblog. Mungkin ada kot di kalangan manusia ni di mana internet adalah segalanya dalam hidup dia dan sebab tu la aku nak nasihatkan kat pembaca-pembaca sekalian, internet bukan seglanya, tanpa internet, kita masih ada hidup kita. Nak kongsi pendapat ke? Ruangan komen kat bawah ni kan ada.
               

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...