Singgah Sini Juga

Friday, March 2, 2012

Nak cakap takut berasa hati, kalau x cakap aku yang makan hati

Assalamualaikum..

korang semua pernah x berada dalam situasi di atas? di mana sekiranya bercakap pasti ada yang akan berasa hati dengan kita dan sekiranya kita diam, kita yang akan makan hati..

aku memang selalu berada dalam keadaan tu, lebih-lebih lagi kalau ngan member, semua tu sebab aku sayangkan semua member aku dan aku x sanggup nak luahkan segala ketidakpuasan hati ni.. tapi adakah aku hanya bertepuk sebelah tangan?

oit, ni bukan pasal percintaan yang x berbalas ataupun penungguan tanpa harapan, cuma aku rasa hanya aku je yang menahan segala ketidakpuasan hati aku ni dan bila je masuk masa dia, terus terang je dia 'bakar' aku.. apa kes kan..?

adakah aku terlalu baik ataupun dia memang jenis yang berterus terang? aku pun x tahu dan yang aku tahu aku sayangkan persahabatan kami dan aku sentiasa sabar dengan setiap perlakuan dia.. aku memang x paham sebab semua orang duk kata yang perangai dia tu buruk tapi dia sedap-sedap je duk 'bakar' aku.. time susah aku yang dicarinya, aku yang dirayu-rayu untuk tolong dia..

kesimpulannya, mereka yang di atas tu x boleh dianggap sebagai kawan, nak berkawan boleh tapi jangan terlalu rapat kerana suatu hari nanti mereka yang kat atas tu akan melupakan kita dan hanya mula mencari kita semasa susah..

*kisah benar dari kawan baik aku sendiri, sekadar perkongsian untuk pengajaran bersama..

3 comments:

Cik Nurul said...

biasalah tu awk.. orang x pernah nak jaga hati kita..,asyik kita je yg nak jaga hati orang.. :(

Pencacai Cerita said...

betul tu cik nurul..semoga kita masih lagi dapat bersabar..

Outbound di malang said...

salam kenal ...
menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
di tunggu kunjungan balik.nya!terimakasih ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...