Singgah Sini Juga

Saturday, February 18, 2012

BAUCAR BUKU 1MALAYSIA: Pelajar Guna Untuk Beli Apa?

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, aku amat berterima kasih pada kerajaan kerana sudi mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh pelajar apabila sanggup memberikan baucar untuk membeli buku dan alatan menulis sebanyak RM 200. walaupun angka ini tidak dapat menampung sepenuhnya kos untuk membeli buku-buku, tetapi ia sedikit sebanyak mampu meringankan beban aku sebagai seorang pelajar.



Tapi yang aku nak citer ni, ada juga pelajar yang tidak bersyukur dengan pemberian ini, nak tau kenapa, jom baca kat bawah ni erk.

First day dapat, aku terus pergi kat kedai buku POPULAR, samapi kat sana aku memang dah agak, mesti ramai orang yang nak gunakan baucar tu tapi aku peduli apa kan. aku masuk juga dan try cari barang-barang yang aku nak beli.

Semasa sedang sibuk mencari, aku ternampak ade segerombolan manusia yang duk wat bising kat salah satu sudut. naluri manusia, biasa la kan, mesti nak tau apa yang terjadi. aku pergi dan tengok rupa-rupanya semua tu adalah pelajar dan sudut tu adalah sudut jualan barangan elektronik dan mereka sedang berebut nak amek headphone, speaker, pendrive, mouse dan macam-macam lagi la. x sampai 5 minit, semua dah habis disapu.

Pastu kan, aku pergi pulak kat sudut komik. kalau nak tau, aku ni memang peminat setia komik tapi sampai sekarang jilid untuk komik death note aku masih belum lengkap, sebab tu sampai sekarang masih lagi mencari dan sekali lagi aku terkejut sebab sudut tu dipenuhi oleh pelajar je, (aku tau sebab mereka adalah daripada universiti aku) dan sorang-sorang duk borong komik.

Satu lagi masa nak bayar, aku duk la beratur belakang awek ni. aku duk usha la kan dia beli apa, terkejut eden tengok dalam bakul dia, 8 buah novel dia borong pastu bayar ngan baucar.

Dah tengok kan, tu yang aku pelik. baucar yang diberikan tu seolah-olah tidak digunakan sebaiknya. aku x tau nak kata macam mana tapi kalau kat universiti aku ni, satu buku kurang-kurang harga RM 50, dan ada satu tu boleh cecah RM 70 dan kalau ikut baucar ni, maksima 4 buah buku je dapat kita beli, tu pun kena tambah duit sendiri sikit kot.

Tu yang buat aku pelik, adakah pelajar memang tidak tau nak memanfaatkan pemberian kerajaan ni ataupun pelajar memang denagn duit sebanyak tu, pelajar memang x tau nak beli apa sehinggakan membeli barangan yang bukan-bukan?





3 comments:

loVe puRpLe said...

okalah tue, sometime mmg dorang tak gune buku. Just gune slide or fotostate je buku..mcm fira, so fira belilah buku indahnya bersyariat sampai 4 bagi kwn n parent (^-^)

Pencacai Cerita said...

x slah cuma belilah sesuatu yang mampu menambahkan ilmu pengetahuan, fira pun beli buku ilmu gak kan, kiranya x la membazir.

mister said...

saye beli kasut sukan dekat pekan kuala pilah.. pusat buku aneka.. depan public banks.. printer, raket badminton, alatan sukan pon bole beli...huhuuh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...