Singgah Sini Juga

Friday, February 24, 2012

DIAM LEBIH BAIK


Assalamualaikum..

                Pernah dengar satu pepatah ni “diam itu emas”? aku baru je terbaca pasal pepatah ni dan aku memang setuju dengan pepatah ini.

                Diam di sini bukanlah bermaksud kita menjadi seorang yang pendiam dan langsung tidak bercakap cuma yang ingin dibincangkan di sini adalah tahap kematangan seseorang itu dalam membuat keputusan. Apa agaknya ya kaitan diam dan tahap kematangan seseorang?

                Begini, dalam dunia sekarang ni, setiap orang ada pandangan sendiri x kira la dalam politik ke, dalam persahabatan ke, dan dalam membuat keputusan walau dalam apa jua situasi pun. Kita sentiasa mempunyai pendapat sendiri dan kita sentiasa yakin bahawa pendapat kita tu betul.

                Dan aku dapat tengok trend sekarang ni, semua duk luah kat fesbuk je pendapat tu dan apabila ramai yang komen dan tidak bersetuju dengan pendapat kita, mulalah terjadi perbahasan untuk menegakkan pendapat kita tu, makin lama makin panas sehingga terjadi satu perbalahan antara kawan-kawan.
                Daripada itu, kita sudah dapat mengagak tahap kematangan seseorang, di mana seseorang yang tidak dapat menerima sekiranya orang lain tidak menyetujui pendapat mereka sehingga terjadinya pergaduhan. Adakah tindakan itu menunjukkan seseorang itu matang? Tentu sekali tidak. Ye dak?

                Sebab itulah aku kata kat sini bahawa diam itu lebih baik, x ada guna untuk berbalah hanya keran kita berbeza pendapat dan pandangan dan sekiranya kita x mampu menerima teguran dan bangkangan seseorang yang tidaak setuju dengan pandangan kita tu, lebih baik diam sahaja.

                Aku pun tergolong dalam seseorang yang suka meluahkan pandangan, tetapi aku tidak pernah merasakan setiap pandangan aku ini betul dan kerana itulah aku lebih suka berkongsi di sini dan menerima setiap pandangan dan pendapat orang lain den juga menerima segala teguran sekiranya pandangan aku ni salah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...