Singgah Sini Juga

Sunday, February 26, 2012

Kenangan itu amat indah..

Assalamulaikum..

kali ni aku nak cakap pasal kenangan pulak, tp sebut je pasal kenangan, dah buat aku teringat masa kecil-kecil dulu bila cikgu sekolah menengah menyuruh aku menulis karangan mengenai kenangan terindah aku.. daripada situ dah dapat kita tahu betapa perkataan kenangan ini mampu mengimbau kembali sejarah kita yang dahulu..

tp bukan itu isi utama aku hari ini, isi utama aku adalah untuk berkongsi kenangan yang paling indah selama 21 tahun aku hidup atas dunia ini.. hal ini kerana adik aku yang sentiasa merungut apabila balik je dari sekolah dan sentiasa tertekan dengan apa yang berlaku di sekolah..

tp beliau tidak mengetahui, sekiranya beliau tamat sekolah nanti, betapa kerinduan terhadap sekolah itu semakin menebal, cikgu-cikgu yang selalu dikutuk kerana ketegasan semakin dirindui, saat-saat sedang bergembira bersama kawan-kawan semakin jauh apabila semua mula mengejar cita-cita sendiri..

berbanding ketika berada di universiti di mana kawan-kawan tidaklah sesejati seperti di sekolah, aku puntidak tahu kenapa, adakah kerana usia yang semakin meningkat, ataupun kerana terlalu mengejar kejayaan cuma yang aku perasan di universiti, kawan yang paling baik pun akan tetap tikam belakang kawannya sendiri..

ini berlainan dengan kawan di sekolah di mana setiap seorang akan sentiasa 'back up' kawan yang lain dan akan sentiasa bersama di saat senang dan susah.. kalau ya sila angkat tangan ye..

kerana itulah zaman semasa sekolah menengah tetap menjadi kenangan paling indah dalam hidup aku dan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah, nikmatilah pengalaman itu dengan sepenuhnya kerana apabila menginjak dewasa, anda akan tahu betapa kenangan itu akan dirindui dan berharap masa akan diputar kembali untuk sekali lagi menikmati kenangan itu..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...