Singgah Sini Juga

Monday, February 27, 2012

RUPA MANUSIA DI PADANG MAHSYAR

 Assalamualaikum..

kita sebagai seorang yang beragama islam semestinya tahu kan amalan kita di dunia ni akan menjadi penentuan kepada nasib kita di akhirat kelak, kerana itulah kita diwajibkan untuk mengerjakan segala suruhan-Nya dan menjauhi perkara yabg dilarang-Nya.. dan sekarang mari kita lihat rupa hamba-Na di padang mahsyar atas setiap perbuatan yang dilakukan..


Ditukar rupa menjadi wajah kera.
- Mereka itu adalah manusia yang suka mengumpat.

Ditukar rupa menjadi wajah babi.
- Mereka adalah kalangan mereka yang suka memakan harta anak-anak yatim.

Dihalau dalam keadaan terbalik, kakinya di atas dan kepala di bawah.
- Mereka itu adalah manusia yang suka memakan riba.

Dihalau dalam keadaan buta dan dituntun (diiring).
- Mereka adalah daripada kalangan manusia yang curang dalam menerapkan hukum.

Ditukar menjadi bisu dan tuli serta tidak berakal.
- Mereka itu adalah kalangan yang bangga dengan amalannya sendiri.

Dihalau dalam keadaan mengoyak lidah sendiri, sedangkan lidah itu terjulur hingga ke paras dada dan mulutnya pula keluar nanah yang menjijikkan...
- Mereka adalah ahli pidato yang mana ucapannya berlainan dengan perbuatannya.

Dihalau dalam keadaan terpotong kedua-dua kaki dan tangan.
- Mereka itu terdiri daripada yang suka mengganggu tetangga.

Diiring ke Padang Mahsyar dalam keadaan tersalib pada pokok kurma neraka.
- Mereka itu adalah kalangan mereka yang suka berusaha mengajak orang ramai supaya membela pemerintah yang tidak jujur kepemimpinannya.

Dikumpulkan dalam keadaan menggunakan pakaian yang panas.
- Mereka itu adalah manusia yang takbur, sombong dan bongkak.
 Daripada perbezaan kumpulan itu, jelaslah bahawa walaupun ketika berada didalam dunia dalam keadaan normal, tiada cacat cela, tetap akan ditukar oleh Allah mengikut amalan yang dilakukan di dunia. Sebelum sampai hari pengadilan di Padang Mahsyar yang maha luas itu.

SUMBER:FACEBOOK 

jadi, kita sekarang ni termasuk dalam golongan mana? sama-sama muhasabah diri dan ubahlah diri kita sebelum ajal kita sampai...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...