Singgah Sini Juga

Wednesday, February 22, 2012

Perempuan itu hipokrit ke?

Assalamualaikum..

apa khabar semua, aku harap semua baik la.. berdirinya saya disini adalah untuk membuat satu penulisan bertemakan seorang perempuan.. cheewahh.. skemanya ayat aku.. dah, cukup mengarut, jom sama-sama kita habiskan pembacaan kita hari ni..

kenapa perempuan, adakah kerana aku sukakan perempuan, ya betul, tetapi perempuan ini adalah seorang makhluk yang amat rumit.. sebab tu la aku letak tanda soal kat atas tu.. tajuk tu seolah-olah satu pertanyaan untuk seorang kaum hawa, adakah mereka ini hipokrit?

oit, jap2, sebelum diteruskan, aku x rasa la semua perempuan ni hipokrit kan, mungkin ada jugak sesetengah, lelaki pun sama macam tu gak.. sebab tu la aku sendiri nak korang menilai, adakah mereka ini seorang yang hipokrit ataupun tidak?

macam ni, ada la seorang hamba Allah ni datang kat aku dan citer pasal sorang awek ni, pergi kelas pakai tudung, keluar 'free hair'.. dia duk la citer ngan penuh khusyuk kat aku ni, sedang dia citer dia pun ada la cakap dah ada yang tegur perempuan tu dan perempuan tu bagitahu dia dalam proses perubahan, kena la 'slow-slow' sket..

tu je la yang aku nak citer, sekarang, apa pendapat korang, betul ke perempuan ni hipokrit ataupun memang betul dia nak berubah tetapi masih x dapt berubah dengan perubahan yang mendadak?

mula-mula aku duk fikir dia ni hipokrit, tapi lepas fikir balik, kenapa la nak pakai tudung pergi kelas, sedangkan ada lagi member-member dia yang x pakai tudung.. so, kalau la dia ni hipokrit, mesti la dia pakai tudung sebab nak hormat kat lecturer je kan, sebab tu kat luar dia x pakai tudung.. tapi x logik dia pakai tudunh sebab hormat kat lecturer je sedangkan ada lagi member-member dia yang x bertudung..

lepas tu aku rasa dia ni betul-betul nak berubah, kemudian buka facebook, pergghhhh,, terpampang kemas di friends aku gambar profile dia yang x bertudung dan sekali lagi aku pelik sebab kata nak berubah, tapi letak lagi gambar 'free hair' kat profile pulak tu..

hihi, memang amat rumit, dan kepada pembaca, aku nak tanya la, mana satu agaknya golongan perempuan ni, samada betul-betul nak berubah ataupun hanya menjadi golongan yang hipokrit?

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...