Singgah Sini Juga

Sunday, February 12, 2012

TANGISAN SEORANG WANITA

Assalamualaikum..

                Petang tadi aku mengalami satu lagi kejadian yang aku fikir satu kejadian yang pelik. Meh sini aku nk cerita dulu sikit.

mudahnya seorang perempuan mengalirkan air mata


                Macam ni, tadi aku keluar dengan member aku dan aweknya, bukan niat aku nak kacau daun tapi dah member aku tu ajak teman, aku ikut je la kan. Lagipun awek dia tu member aku jugak. Mula-mula kami bergelak ketawa dan bersuka ria je tapi disebabkan ada sedikit masalah tiba-tiba je awek member aku tu menangis.

                Dia xde la tunjuk depan aku dia menangis cuma aku je yang perasan dia duk tertunduk je dalam kereta tu. Yang buat aku pelik, kenapa mudah sangat nak menangis sedangkan tadi tu ok je duk bergelak ketawa?

                Kenapa erk? Memang perempuan ni mudah menangis ke? Ke mereka memang manja? Sampai sekarang aku xleh nk fikir jawapan. Adakah mereka memang cepat tersentuh atau mereka memang xleh nak kawal perasaan sekiranya ditimpa sesuatu masalah?

                Yang menjadi masalahnya, adakah dengan tangisan itu mampu menyelesaikan masalah? Adakah dengan tangisan itu mampu meredakan perasaan yang bergolak?

                Dan yang menjadi lebih pelik lelaki mudah tewas dengan tangisan seorang wanita. Aku x kata kat sesiapa pun, sebab aku sendiri pun ada dalam kalangan lelaki jenis tu. Hebat betul kan tangisan seorang wanita ni.

                Arghh!! Aku memang x faham dan x tahu kat mana specialnya tangisan seorang wanita ni sehinggakan jika seorang wanita menangis x kira apa pun masalahnya, lelaki akan menjadi kelam kabut untuk menenangkan perasaan wanita itu tapi kalau la lelaki menangis tanpa sebab, memang mati la kena bakar. Ye dakk?

                Tu je sebab aku tulis entry ni, aku harap ada la sesiapa yang dapat bantu aku jawab persoalan ini, kat mana hebatnya air mata seorang wanita tu?
               
               

2 comments:

Anonymous said...

ati wanita mudah terusik..wlaupn luaran nmpak gembira,tp jgn lupa wanita jgk pndai smbunyikn ape yg dipendam

Pencacai Cerita said...

sokong sangat-sangat dan contoh terdekat ialah ibu kita..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...