Singgah Sini Juga

Thursday, February 23, 2012

Lelaki, Perempuan dan Seks

Assalamualaikum..

aku x tau nak mulakan dari mana ni, okeh-okeh, kita mulakan dengan ayat yang aku dengar daripada ustaz aku sendiri, ustaz ni, bukan calang-calang orang, ayat dia ni kalau kita baca bunyi macam ni..


LELAKI MEMBERI CINTA UNTUK SEKS DAN PEREMPUAN MEMBERI SEKS UNTUK CINTA

x caya ke, tapi aku berani sumpah tu la ayat yang ustaz aku cakap kat aku. tapi memang semua dah tau kan, bukan semua di kalangan kita macam tu kan, mungkin sesetengah je kot, tapi sebab sesetengah ni la yang telah mempengaruhi remaja untuk bertindak seperti mereka, ye dakk?

xnak ulas panjang-panjang, cuma aku nak huraikan sedikit ayat kat atas tu dengan pendapat aku ni, dan aku rasa ayat tu memang betul.

kalau tengok trend sekarang ni la kan, yang kapel makin banyak, (kesian aku sebab xde awek,, (T T).. dan daripada sinilah muncullah si buaya-buaya yang menggunakan cinta sebagai umpan untuk mendapatkan habuan seks.

bermula daripada ayat-ayat manis, pegang-pegang tangan, peluk-peluk dan terus dibawa ke katil, dan si perempuan terus je terlayu, terkulai, dengan segala pujuk rayu sehinggakan sanggup menyerahkan segalanya atas nama cinta.. memang itu yang terjadi sekarang ni kan? ye dakk?

bila je perut dan memboyot, cinta ke mana, ayat-ayat manis ke mana, yang tinggal hanya air mata penyesalan, satu penyesalan yang sudah tidak berguna, hanya mampu bertaubat dan berserah diri pada Allah dan si lelaki terus je mencari mangsa terbaru..

aku bukan ustaz yang alim jauh lagi untuk menjadi ulama, cuma yang aku tahu islam telah mengangkat martabat kaun hawa ni daripada bawah kepada tempat yang tinggi, jadi aku harap perempuan lepas ni mampu menolak untuk mengorbankan segalanya demi suatu perasaan yang bernama cinta dan menjatuhkan martabat kaum hawa 

dan kepada lelaki, ape kelas weyh seks yang x halal, nak buat pun mesti ada perasaan takut kan sebab kalau kantoi, mati dan satu lagi nasihat, kalau dah terasa air tu dah naik atas kepala, pergi la sunting awek tu untuk jadi bini yang sah, pastu xde sape dah nak halang.. ye dakk?


Wednesday, February 22, 2012

Perempuan itu hipokrit ke?

Assalamualaikum..

apa khabar semua, aku harap semua baik la.. berdirinya saya disini adalah untuk membuat satu penulisan bertemakan seorang perempuan.. cheewahh.. skemanya ayat aku.. dah, cukup mengarut, jom sama-sama kita habiskan pembacaan kita hari ni..

kenapa perempuan, adakah kerana aku sukakan perempuan, ya betul, tetapi perempuan ini adalah seorang makhluk yang amat rumit.. sebab tu la aku letak tanda soal kat atas tu.. tajuk tu seolah-olah satu pertanyaan untuk seorang kaum hawa, adakah mereka ini hipokrit?

oit, jap2, sebelum diteruskan, aku x rasa la semua perempuan ni hipokrit kan, mungkin ada jugak sesetengah, lelaki pun sama macam tu gak.. sebab tu la aku sendiri nak korang menilai, adakah mereka ini seorang yang hipokrit ataupun tidak?

macam ni, ada la seorang hamba Allah ni datang kat aku dan citer pasal sorang awek ni, pergi kelas pakai tudung, keluar 'free hair'.. dia duk la citer ngan penuh khusyuk kat aku ni, sedang dia citer dia pun ada la cakap dah ada yang tegur perempuan tu dan perempuan tu bagitahu dia dalam proses perubahan, kena la 'slow-slow' sket..

tu je la yang aku nak citer, sekarang, apa pendapat korang, betul ke perempuan ni hipokrit ataupun memang betul dia nak berubah tetapi masih x dapt berubah dengan perubahan yang mendadak?

mula-mula aku duk fikir dia ni hipokrit, tapi lepas fikir balik, kenapa la nak pakai tudung pergi kelas, sedangkan ada lagi member-member dia yang x pakai tudung.. so, kalau la dia ni hipokrit, mesti la dia pakai tudung sebab nak hormat kat lecturer je kan, sebab tu kat luar dia x pakai tudung.. tapi x logik dia pakai tudunh sebab hormat kat lecturer je sedangkan ada lagi member-member dia yang x bertudung..

lepas tu aku rasa dia ni betul-betul nak berubah, kemudian buka facebook, pergghhhh,, terpampang kemas di friends aku gambar profile dia yang x bertudung dan sekali lagi aku pelik sebab kata nak berubah, tapi letak lagi gambar 'free hair' kat profile pulak tu..

hihi, memang amat rumit, dan kepada pembaca, aku nak tanya la, mana satu agaknya golongan perempuan ni, samada betul-betul nak berubah ataupun hanya menjadi golongan yang hipokrit?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...