Singgah Sini Juga

Sunday, February 12, 2012

KENAPA PERLU MARAH DAN MALU BILA ORANG SKODENG?


Assalamualaikum..

                Entry kali ni aku ambil dari blog aku yang lama, x berniat apa-apa cuma aku rasa entry ni ada banyak pengajaran khususnya untuk kaum wanita. Ceritanya macam ni.

                Semasa aku sedang syok melayan fesbuk, datang seorang kawan aku tergelak-gelak macam kena sampuk masuk ke bilik aku. Aku pun pelik la pastu terus je la Tanya dia kan, kenapa gelak macam orang gila ni?

                Dia kata tadi sebelum masuk kelas ade awek tu duk marah-marah kat dia. Bertambah la kepelikan aku ni dan aku tanya lagi, kena marah pun gelak lagi? Kenapa awek tu marah?

Kawan aku tu pun jawab.“Tadi sebelum aku masuk kelas, aku nampak la awek ni, dia punya cutting, perghh, dah la pakai baju pun boleh tahan ketat. Aku pun tengok je la kan keindahan dunia tu pastu aku perasan dia dah perasan aku tengok dia”.

“Dari cara dia tu, aku boleh agak dah, mesti dia malu sebab aku tengok ni. Apa lagi, makin syok la aku nak kacau dia tapi pastu kan, tiba-tiba je dia datang kat aku pastu kata”.

“Oit saudara, ape yang saudara tengok, dah gatal sangat ke hah!! Kalau dah gatal tu pergi je la kawin, xyah r nak tengok-tengok barang orang. Sekali lagi aku tengok kau buat macam ni, siap kau!!”.

                Kawan aku cakap dia terkejut la sebab awek tu marah dia kan, dia pun x tahu nak buat apa, nasib baik la pensyarah dia dah datang dan dia terus masuk kelas.

Aku pun tanya la “dah tu kenapa gelak, patut kau tu kena rasa malu sebab kantoi skodeng, haha”

Dia balas balik “aku gelak sebab sampai sekarang aku xleh fikir kenapa la dia nak marah orang duk skodeng dia tu, padahal dia pakai baju ketat, tertonjol sana-sini, aku tengok je la menda yang ada depan mata”.

                Okay, cukup la aku ceritakan sampai kat situ je sebab point utama sudah keluar dan aku amat bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh kawan aku tu walaupun kawan aku tu tetap bersalah kerana skodeng awek tu tetapi kesalahan kawan aku tu terjadi kerana pemakaian awek tu yang terlalu ketat. Ye dakk??

                Jadi kepada kaum wanita, janganlah naik angin jika anda menjadi perhatian kaum lelaki, cermin diri anda dahulu dan pastikan anda tidak mendedahkan apa-apa yang mampu menarik pandangan seorang lelaki. Sama-sama kita renungkan.




4 comments:

nuyen said...

Agree 255 percent! :)

Pencacai Cerita said...

tengkiu..

ROJAK said...

semoga org pompuan sedar kelemahan diri

Anonymous said...

Hehe memang dah begitulah adanya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...