Singgah Sini Juga

Saturday, March 3, 2012

KISAH SULTAN ABDUL HAMED II: KHALIFAH TERAKHIR KITA



RASA SEDIH DAN INGIN MENANGIS BILA MELIHAT GAMBAR INI..
Gambar ini adalah Gambar Khalifah terakhir kita Sultan Abdul Hamed II meninggalkan istana atas arahan Presiden Turki pertama Mustafa Kamal Atartuk pada 3 Mac 1922.

Memperingati 90 tahun sejarah hitam SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM.
KEMBALIKAN PEMERINTAHAN KHALIFAH!!!!!

Khalifah terakhir Sultan Abdul Hamed II meninggalkan istana atas arahan Presiden Turki pertama Mustafa Kamal Atartuk pada 3 Mac 1922.

Hari ini 3hb Mac 2012 adalah bertepatan dengan 90 tahun sejarah hitam bagi umat Islam di seluruh dunia.

Dengan sokongan dan kekuatan dari British dan Zionis, Mustafa Kamal Atarturk telah mengumumkan penghapusan Khilafah dan pemisahan agama Islam daripada negara tepat pada pagi 3 Mac 1924.

Kamal telah memerintah supaya Khalifah terakhir, Sultan Abdul Majid II supaya meninggalkan Turki sebelum subuh pada hari yang sama. Polis dan tentera dikerah berhimpun di istana Khalifah dan memaksa Khalifah memasuki kereta dan seterusnya membawanya ke Switzerland.

Atartuk kemudiannya telah mengumpulkan semua waris Khalifah dan mengusir mereka keluar daripada Turki. Kesemua aktiviti keagamaan dimansuhkan, semua sekolah agama ditukar kepada sekolah sekular, mahkamah Islam dimansuhkan, azan diluangkan dalam bahasa Turki dan undang-undang sekular dilaksanakan sepenuhnya.

Akhirnya impian British dan Zionis untuk meruntuhkan Khilafah Uthmaniyah sebagai Daulah Islam yang terakhir telah tercapai, melalui tangan anak didik mereka iaitu Mustafa Kamal laknatullah.

Setelah jatuhnya khilafah, maka satu demi satu wilayah umat Islam jatuh ke tangan musuh termasuklah bumi Palestin yang diidam-idamkan oleh Zionis dan pihak barat.

Kini, telah 90 tahun umat Islam kehilangan tempat berpaut untuk naungan dan pimpinan khalifah.

Bagaimana keadaan umat Islam kini di Palestin, Iraq, Libya, Syria, Kashmir, Pattani, Selatan Filipina dan negara-negara yang lain di seluruh dunia termasuk di negara tercinta Malaysia.

Rata-rata umat Islam hidup terkontang-kanting tanpa pimpinan dan hala-tuju perjuangan walau pun jumlah meraka kini telah melebihi seperempat daripada penduduk dunia (1.7 bilion daripada total 7 bilion).

Persoalannya : Apakah sumbangan kita ke arah mengembalikan kedaulatan dan kepimpinan Islam yang sangat diperlukan oleh umat dan dunia antarabangsa pada ketika ini?

SUMBER:FACEBOOK

Friday, March 2, 2012

Nak cakap takut berasa hati, kalau x cakap aku yang makan hati

Assalamualaikum..

korang semua pernah x berada dalam situasi di atas? di mana sekiranya bercakap pasti ada yang akan berasa hati dengan kita dan sekiranya kita diam, kita yang akan makan hati..

aku memang selalu berada dalam keadaan tu, lebih-lebih lagi kalau ngan member, semua tu sebab aku sayangkan semua member aku dan aku x sanggup nak luahkan segala ketidakpuasan hati ni.. tapi adakah aku hanya bertepuk sebelah tangan?

oit, ni bukan pasal percintaan yang x berbalas ataupun penungguan tanpa harapan, cuma aku rasa hanya aku je yang menahan segala ketidakpuasan hati aku ni dan bila je masuk masa dia, terus terang je dia 'bakar' aku.. apa kes kan..?

adakah aku terlalu baik ataupun dia memang jenis yang berterus terang? aku pun x tahu dan yang aku tahu aku sayangkan persahabatan kami dan aku sentiasa sabar dengan setiap perlakuan dia.. aku memang x paham sebab semua orang duk kata yang perangai dia tu buruk tapi dia sedap-sedap je duk 'bakar' aku.. time susah aku yang dicarinya, aku yang dirayu-rayu untuk tolong dia..

kesimpulannya, mereka yang di atas tu x boleh dianggap sebagai kawan, nak berkawan boleh tapi jangan terlalu rapat kerana suatu hari nanti mereka yang kat atas tu akan melupakan kita dan hanya mula mencari kita semasa susah..

*kisah benar dari kawan baik aku sendiri, sekadar perkongsian untuk pengajaran bersama..

Thursday, March 1, 2012

Alahai manusia..

Assalamualaikum..

tengok tajuk kat atas tu, ade x sape-sape pembaca kat sini yang mengaku dia bukan manusia, mesti xde kan sebab kita semua ni manusia walaupun berbeza pegangan agama, bangsa dan negara..

sebagai manusia pulak kita mesti ada perasaan, baik negatif ataupun positif kan.. dan jika kita melihat sekeliling kita, kita akan perasan terdapat pelbagai jenis manusia dan ragamnya.. jom kita baca sama-sama ragam seorang manusia..

-kita selalu merungut x cukup masa, untuk buat kerja dan assigment sedangkan masa kita sehari hanya 24 jam, x lebih dan x kurang dan semua manusia hanya ada 24 jam.. xde yang berkecuali..

-kita selalu je merungut kerana setiap peraturan itu amat ketat sedangkan melalui peraturan itu la yang dapat menjamin keselamatan dan keselesaan setiap manusia dan pandai pula gunakan peraturan sebagai alasan sekiranya terjadi sesuatu..

-kita sentiasa ingin menjatuhkan orang lain sedangkan sekiranya kita berusaha, kita semestinya mampu berada di tempat yang lebih tinggi daripada orang lain tanpa perlu menjatuhkan orang lain..

-kita selalu je cemburu dengan kekayaan yang dimiliki oleh orang lain sedangkan hidup kita sekarang, segala barang keperluan sudah mencukupi..

-bila je dengar ceramah agama, kita mulai beransur-ansur insaf tapi keluar je dari ceramah tu, perangai jahat dulu mula kembali..

-kita selalu mengutuk segala perbuatan yang dilakukan oleh penganut agama lain untuk menyembah Tuhan mereka sedangkan diri kita sendiri pun tidak pernah dekat dengan Tuhan kita..

-kita selalu je beremosi apabila menonton sinetron indonesia dan drama korea sedangkan saudara seislam kita dibunuh, kita langsung x rasa apa-apa..

-kita sukakan keindahan alam semula jadi, dan sanggup bayar mahal untuk menikmati alam semula jadi, tapi kita tetap buang sampah merata-rata..

itulah ragam manusia dan mungkin sifat aku juga ada dalam tu, dan penulisan ini hanyalah sebagai batu loncatan untuk kita mengenali diri kita masing-masing dan muhasabah diri kita sebelum kita mengubah diri masing-masing..


Wednesday, February 29, 2012

Alahai malas, bila la kau nak pergi main jauh-jauh..

Assalamualaikum...

bangun je pagi ni terasa malas nak bangun subuh, paksa punya paksa akhirnya bangun jugak, pastu rasa malas pulak nak bukak laptop nak donlod citer vanilla coklat semalam, running man episod 83 pun keluar dah, minat memang minat tapi perasaan malas tu tetap ada.. oit malas, pergi main jauh-jauh, aku dah malas nak layan perangai malas kau ni.. tengok nak layan perasaan malas tu pun kita malas..

tu la diri aku, malas sangat-sangat kalau nak buat mende pagi-pagi ni, dan sebab tu la aku buat balik blog ni, tu semua untuk mengurangkan lagi kemalasan aku ni, kalau la korang semua perasan, hampir semua entry aku ni diupdate pada waktu pagi, dan semua tu aku buat selepas aku semayang subuh, kenapa? mesti la sebab aku nak merajinkan diri sendiri dan menyibukkan diri sendiri di pagi hari..

tu adalah aku, korang pulak macam mana, adakah selepas subuh terus tido balik? ataupun selepas sembahyang subuh pergi menolong mak kat dapur? kalau kat rumah boleh la aku tolong hantarkan adik pergi sekolah.. tapi kat universiti ni aku dapat buat ape? study jauh sekali, pagi-pagi macam ni dibuatnya aku study mesti x sampai 10 minit, mesti nak terlelap balik.. hehe.. tunggu la sampai aku mampu berubah ke arah itu..

tapi aku sudah ada usaha untuk berubah, aku nak buang perasaan malas aku tu jauh-jauh.. korang macam mana? adakah korang sudah berubah? mampu ke korang menjadi orang yang kuat yang mampu menarik selimut di kala subuh untuk bangun menunaikan solat subuh? ustad aku pernah kata semalam, buktikanlah kehebatan kamu bukan dengan kekuatan tetapi di saat kamu menarik selimut kamu untuk bangun menunaikan sembahyang subuh..

tapi kalau tido x pakai selimut macam mana ustad.. hehe.. ok2, gurau je ustad, saya dah paham maksud ustad tu, hehe.. pape pun, pagi yang baik ni sama-sama kita bangun dan sama-sama kita ubahkan sikap kita ni, buanglah perasaan malas tu jauh-jauh.. pesanan ikhlas daripada pencacai cerita untuk diri sendiri dan kepada semua pembaca..

Monday, February 27, 2012

LYNAS: Anda patut tahu mengenainya

Assalamualaikum.. 



Mungkin segala dah tahu kan pasal LYNAS ni, salah sebuah projek yang mana hasil buangan nuklearnya akan bertapak di Malaysia ni dan perhimpunan HIJAU yang diadakan untuk membantahnya telah diadakan walaupun TV3 mengatakan hanya 3 ribu lebih yang menyertai tetapi dengar-dengar cerita hampir 10 ribu yang menyertainya.. 

tapi, tahukah anda semua tentang LYNAS ni, aku terbaca kat blog seseorang tadi dan aku ingat lebih baik sekiranya aku pun share jugak la sikit pasal LYNAS ni.. jom sama-sama kita baca..

Terserah kepada pembaca untuk menilai semua fakta-fakta ini. 

1. Kilang Lynas sudah pun 95% dibina di Gebeng Kuantan. Keluasan menyamai 140 buah padang bola atau 100 hektar tanah. Kedudukan Kilang Lynas diapit oleh Polyplastic dan Projek Fasa 1 Kluster Industri Minyak Kelapa Sawit yang juga berhadapan dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan bersebelahan dengan BASF Petronas Chemicals. Juga tercatat papan tanda LAMPSON atau Lynas Advanced Material Plant (LAMP) antara Lynas Malaysia Sdn Bhd dan UGL Resources. UGL Resources adalah syarikat utama yang berpengkalan di Australia dalam bidang Pengurusan Aset dan Projek dengan jumlah kakitangan sekitar 42,000 orang. Mereka telah dianugerahkan Kontrak Pengurusan Projek Pembinaan Lynas di Gebeng pada 22/2/2010 dengan nilai kos pengurusan projek di sekitar RM96.8 juta. UGL Resources bertanggunjawab di dalam urusan rekabentuk kejuruteraan kilang Lynas. Kos infrastruktur Lynas di Gebeng dianggarkan sekitar RM700 juta.

2. 100% milik Lynas Australia. dijadual untuk disiapkan Suku-3 2011 (September). Tarikh asal dikatakan pada Suku-1 2011 (March). Lesen LYNAS untuk dibina diberi pada tahun 2008. Peluang Pekerjaan hanya untuk 350 orang sahaja. Projek LYNAS akan menghasilkan 22 ribu tan 'rare earth oxide ' setahun.Nilai eksport dianggarkan pada nilai RM8 Billion setahun.Projek LYNAS, bebas Cukai selama 12 tahun dan China merupakan pembekal ‘rare earth’ atau nadir bumi terbesar di dunia sebanyak 95%. Dijangka berlaku penurunan export nadir bumi atau ‘rare earth’ China dari 72% kepada 37% pada tahun 2011.

3. Harga satu tan pada RM364, 800.Pembeli terbesar adalah dari Jepun, Amerika dan Eropah untuk keperluan industri berteknologi tinggi (Magnet Prestasi Tinggi) seperti Kabel Fiber Optic, Monitor LCD, Komputer, Lensa Kamera, Mentol Lampu, Smartphone, Alatan Ketenteraan dan Kereta Hybrid. Lynas dijangka akan menjadi pengeluar 1/3 daripada keperluan ‘rare earth’ atau nadir bumi dunia selepas 2 tahun beroperasi.

4. Proses menghasilkan ‘rare earth’ atau nadir bumi secara umumnya:

  1. Ore dilombong di Mount Weld Australia.
  2. Ore tersebut kemudiannya akan dikeringkan dan proses pengasingan akan dilakukan. Di sini ‘rare earth concentrate’ akan dihasilkan.
  3. Di Gebeng Kuantan, proses seterusnya ialah menghasilkan ‘rare earth compounds’ dimana rawatan dengan menggunakan bahan kimia akan dilakukan untuk proses pengasingan seterusnya.
  4. ‘rare earth compounds’ tersebut akan seterusnya diproses dengan menggunakan kuantiti bahan kimia yang berbeza bergantung kepada jenis ‘rare earth’ atau nadir bumi itu, sama ada ia ringan atau berat untuk menghasilkan ‘ rare earth oxides’ di mana ia kemudiannya dihantar atau dieksport semula ke kilang pengeluar produk.
  5. Di kilang pengeluar produk berteknologi tinggi, ‘rare earth oxides’ ini akan diproses sekali lagi juga menggunakan teknik ‘solvent extraction’ untuk menghasilkan ‘rare earth metal’ yang akan digunakan secara langsung atau dicampurkan dengan bahan lain untuk menghasilkan produk berteknologi tinggi itu.

5. ‘Rare earth ore’yang dilombong di Mount Weld mengandungi beberapa mineral utama dan diantaranya ialah monazite. Monazite adalah bahan radioaktif. Di dalam bahan mineral monazite ini terdapat thorium, cerium dan lanthanum. Monazite kaya dengan Thorium dan Thorium ini juga adalah bahan radioaktif yang tinggi dan boleh digunakan untuk menggantikan uranium dalam menghasilkan tenaga nuklear.

6. ‘Rare earth concentrate’ yang diimport dari Australia untuk diproses di Gebeng Kuantan ketika itu dianggarkan mengandungi 0.0029% Uranium dan 0.16% Thorium for every metrik tan..apa yang aku dapat dari wikipedia, dahulunya, Thorium ni digunakan as a light source in gas mantels dan bahan mengaloi, tetapi penggunaannya telah menurun ekoran daripada kesan radioaktif!!

7. ‘Rare earth concentrate’ yang diimport akan diproses untuk dijadikan ‘rare earth oxide’ di Gebeng Kuantan. Daripada komen yang disampaikan oleh CEO Lynas sendiri, kandungan Thorium adalah pada nisbah 55:10,000 metrik tan dan dari 22 ribu tan setahun ‘rare earth oxide’ yang dihasilkan dari kilang Lynas atau LAMP di Gebeng Kuantan itu, sisa buangan Thorium yang dianggarkan akan dihasilkan dalam tempoh setahun adalah sebanyak 121 metrik tan bersamaan dengan 121 buah lori 1 tan atau 24 buah lori 5 tan SETAHUN!.

8. Maklumat berkenaan Thorium dan kesannya kepada manusia persekitaran seperti yang dilaporkan oleh Agensi Perlindungan Persekitaran Amerika Syarikat (EPA) adalah seperti berikut:

  1. Thorium-232 mempunyai jangka hayat 14 billion (14x109) tahun.
  2. Thorium-230 dan Thorium-228 mempunyai jangka hayat 75,4000 tahun.
  3. Pencemaran Thorium boleh merebak dengan lebih meluas melalui air dan udara.
  4. Mereka yang tinggal berdekatan tempat yang menghasilkan sesuatu bersama Thorium berkemungkinan terdedah kepada bahaya Thorium.
  5. Manusia boleh dijangkiti atau terdedah dengan Thorium melalui sedutan udara, makanan dan air.
  6. Thorium yang dihidu atau disedut melalui udara akan kekal untuk jangka masa yang lama pada salur pernafasan. Thorium yang masuk ke salur darah akan juga tinggal di tulang pada jangka masa yang lama.
  7. Risiko Kanser di tekak, tulang dan pankreas kesan dari hiduan sisa Thorium.

9. Kes Kes 

Kes 1: Syarikat Mitsubishi Chemical yang terlibat dalam industri pemprosesan ‘rare earth’ di Bukit Merah dikaitan dengan 8 kes Leukimia dan 7 kes kematian. Telah ditutup pada tahun 1992 dan kerja-kerja pembersihan sisa masih berjalan sehingga ke hari ini (Hampir 20 Tahun) dan telah menelan belanja lebih RM300 juta.

Kes 2: Kebocoran radiasi di Fukushima selepas bencana Gempa Bumi dan Tsunami mendesak kerajaan negeri Jepun yang dikatakan cukup maju dalam pengurusan bencana untuk melebarkan kawasan evakuasi dari 16KM kepada hampir 40KM termasuk mengisytiharkan tahap 7 kebocoran radiasi, sama seperti yang dialami di Chernobyl Ukraine pada tahun 1986 yang telah meragut hampir 200,000 ribu kematian akibat kanser seperti yang dilaporkan oleh Greenpeace ketika itu.

Kes 3: Kesan toxic dan radioaktif dari industri ‘rare-earth’ di Baotou Mongolia. Setiap proses ‘rare-earth’ bermula dari perlombongan ‘ore’ ke ‘rare earth oxide’ atau ‘rare-earth metals’ banyak menggunakan bahan asid dan kimia. Malah ketika perlombongan ‘ore’, bahan asid akan dimasukkan ke lubang yang digali. Sisa buangan radioaktif khususnya Thorium juga dihasilkan ketika melalui semua proses itu. Kebocoran bahan asid, kimia dan sisa radioaktif ini yang banyak berlaku di Baotou terbukti telah menyebabkan kemusnahan kepada hasil pertanian dan kesihatan seperti kerosakan hasil tanaman, gigi tercabut dan rabut putih atau beruban diawal usia muda sekitar 20-an. Malah kematian disebabkan kanser juga direkodkan walaupun lokasi penempatan penduduk berada 10KM dari kawasan penyimpanan sisa buangan radioaktif itu.

Kes 4: Kajian yang dilakukan oleh Kolej Perubatan Jiangxi di China dari sample darah dan ujian IQ pada kanak-kanak mengemukakan kesimpulan bahawa kanak-kanak di sekitar umur 7-10 tahun yang tinggal berdekatan dengan kawasan ‘rare-earth ore’ berkemungkinan mempunyai IQ atau kecerdasan akal yang lebih rendah berbanding mereka yang tinggal jauh atau yang tinggal di kawasan yang terkawal.

10. Kesannya kepada sumber ekonomi negara khususnya kegiatan ekonomi rakyat di sekitar Kuantan dan Kemaman:

  1. Sektor Perlancongan khususnya di Cherating Pahang (dalam Jarak 18-20 KM dari lokasi Kilang Lynas).
  2. Sektor Perikanan di Kuantan adalah antara yang terbesar. Terdapat 390 nelayan laut dalam yang berdaftar.
  3. Sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS) khususnya makanan laut (Keropok Lekor, keropok, ikan bakar dan sebagainya).
  4. Nilai hartanah akan merudum kerana tiada siapa yang mahu membeli tanah atau kediaman di sekitar Kuantan dan di Kemaman.
  5. Ancaman kepada syarikat berdekatan khususnya Petro-Kimia seperti Kaneka, MTBE, Petronas BASF dan BP Chemicals. Kerugian yang besar jika operasi mereka terganggu dengan insiden kebocoran sisa radioaktif yang boleh menjejaskan kesihatan pekerja mereka.
  6. Pelabur baru dari luar negeri dan dari luar negara tidak akan berminat untuk melabur keranaancaman sisa radioaktif daripada Lynas. Risiko terlalu tinggi.

11. Pertikaian rakyat khususnya rakyat setempat adalah berkenaan:
  1. ‘Public Consultation’ atau Konsultansi dari pihak awam tidak pernah berlaku malah sebelum lesen untuk dibina dikeluarkan pada tahun 2008.
  2. Laporan penuh Jabatan Alam Sekitar tidak dikongsi kepada rakyat, hanya Ringkasan Eksekutif yang dipaparkan di halaman web.
  3. Lokasi yang terlalu dekat dengan kawasan kediaman. Jarak 2 KM dari Balok dengan kepadatan penduduk seramai 16700 orang. Jika diambil kira keluasan evakuasi di Fukushima dalam jarak 40KM dari Gebeng Kuantan, kebocoran sisa radioaktif akan melibatkan keseluruhan penduduk di Kuantan, Gambang, Cherating malah Kemaman di Terengganu sekalipun. Jumlah penduduk yang mungkin terlibat boleh mencecah hampir 800 hingga 900 ribu secara keseluruhannya dengan Kuantan sahaja di sekitar 600 hingga 650 ribu orang. Syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Australia adalah minima 35KM dari kawasan penempatan penduduk.
  4. Cadangan untuk membawa masuk ‘rare earth concentrate’ dari Mount Weld Australia ke Malaysia sebagai bahan bukan radioaktif dari pelabuhan Kuantan.
  5. Menteri Western Australia, Hon Norman Moore memaklumkan sisa buangan radioaktif itu adalah milik Malaysia dan tidak akan diterima balik oleh Australia.
  6. Sisa buangan radioaktif dari ‘rare earth’ boleh dibuang sama seperti sampah domestik.
  7. Percanggahan kenyataan bahawa Mount Weld ‘ore’ yang dilombong di Austalia adalah jenis lanthanide dan bukan monazite.
  8. Panel bebas yang dilantik oleh Kerajaan Malaysia iaitu IAEA atau Agensi Tenaga Atom Antarabangsa tidak bebas dan berat sebelah kerana mereka bukan ‘regulator’ atau pembuat undang-undang yang tiada berkepentingan dalam sumber tenaga itu tetapi mereka adalah ‘promoter’ atau pihak yang menyokong penggunaan sumber tenaga itu.
  9. Panel bebas harus diwakili dan dilantik oleh rakyat yang berkepentingan dalam isu ini.
  10. Kelulusan untuk beroperasi tidak boleh diberi selagi mereka tidak memenuhi piawaian yang dicadangkan oleh Molycorp Minerals (California).
  11. Piawaian negeri China yang berkait dengan Perancangan Pengurusan Pemprosesan dan Sisa Buangan tidak seharusnya digunakan. Sebagai contoh Menggunakan piawaian China GB9133-S3 dimana sisa buangan dengan aktiviti khusus yang kurang daripada 74Bq/g diklasifikasikan sebagai bukan sisa radioaktif dan boleh disimpan di kemudahan simpanan sisa biasa.
  12. ‘Proof of Concept (POC)’ atau Bukti Konsep seharusnya dibuat oleh Panel Pakar yang bebas dan ujian konsep ini seharusnya dilakukan di Mount Weld Australia sendiri.
  13. Cadangan membawa ‘rare earth’ bukan sahaja dari Australia tapi juga dari Malawi. Berkemungkinan ‘rare earth’ dari negara lain akan dibawa ke Gebeng Kuantan. Gebeng Kuantan berkemungkinan akan menjadi pusat serantau Asia malah dunia dalam penyimpanan sisa radioaktif dari perlombongan ‘rare earth’.
  14. Denda RM50 juta seperti yang termaktub di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom Perenggan 59 (1) untuk setiap bencana kepada Lynas dilihat cukup ringan berbanding hasil RM8 Billion setahun LAMP. Hanya satu bencana yang melibatkan sisa radioaktif memadai untuk menjadi ancaman yang serius dan kekal lama kepada semua..
SUMBER: http://www.syazwancdm.blogspot.com/2012/02/lynas-apa-yang-anda-perlu-tahu-pasal.html

RUPA MANUSIA DI PADANG MAHSYAR

 Assalamualaikum..

kita sebagai seorang yang beragama islam semestinya tahu kan amalan kita di dunia ni akan menjadi penentuan kepada nasib kita di akhirat kelak, kerana itulah kita diwajibkan untuk mengerjakan segala suruhan-Nya dan menjauhi perkara yabg dilarang-Nya.. dan sekarang mari kita lihat rupa hamba-Na di padang mahsyar atas setiap perbuatan yang dilakukan..


Ditukar rupa menjadi wajah kera.
- Mereka itu adalah manusia yang suka mengumpat.

Ditukar rupa menjadi wajah babi.
- Mereka adalah kalangan mereka yang suka memakan harta anak-anak yatim.

Dihalau dalam keadaan terbalik, kakinya di atas dan kepala di bawah.
- Mereka itu adalah manusia yang suka memakan riba.

Dihalau dalam keadaan buta dan dituntun (diiring).
- Mereka adalah daripada kalangan manusia yang curang dalam menerapkan hukum.

Ditukar menjadi bisu dan tuli serta tidak berakal.
- Mereka itu adalah kalangan yang bangga dengan amalannya sendiri.

Dihalau dalam keadaan mengoyak lidah sendiri, sedangkan lidah itu terjulur hingga ke paras dada dan mulutnya pula keluar nanah yang menjijikkan...
- Mereka adalah ahli pidato yang mana ucapannya berlainan dengan perbuatannya.

Dihalau dalam keadaan terpotong kedua-dua kaki dan tangan.
- Mereka itu terdiri daripada yang suka mengganggu tetangga.

Diiring ke Padang Mahsyar dalam keadaan tersalib pada pokok kurma neraka.
- Mereka itu adalah kalangan mereka yang suka berusaha mengajak orang ramai supaya membela pemerintah yang tidak jujur kepemimpinannya.

Dikumpulkan dalam keadaan menggunakan pakaian yang panas.
- Mereka itu adalah manusia yang takbur, sombong dan bongkak.
 Daripada perbezaan kumpulan itu, jelaslah bahawa walaupun ketika berada didalam dunia dalam keadaan normal, tiada cacat cela, tetap akan ditukar oleh Allah mengikut amalan yang dilakukan di dunia. Sebelum sampai hari pengadilan di Padang Mahsyar yang maha luas itu.

SUMBER:FACEBOOK 

jadi, kita sekarang ni termasuk dalam golongan mana? sama-sama muhasabah diri dan ubahlah diri kita sebelum ajal kita sampai...

Sunday, February 26, 2012

Kenangan itu amat indah..

Assalamulaikum..

kali ni aku nak cakap pasal kenangan pulak, tp sebut je pasal kenangan, dah buat aku teringat masa kecil-kecil dulu bila cikgu sekolah menengah menyuruh aku menulis karangan mengenai kenangan terindah aku.. daripada situ dah dapat kita tahu betapa perkataan kenangan ini mampu mengimbau kembali sejarah kita yang dahulu..

tp bukan itu isi utama aku hari ini, isi utama aku adalah untuk berkongsi kenangan yang paling indah selama 21 tahun aku hidup atas dunia ini.. hal ini kerana adik aku yang sentiasa merungut apabila balik je dari sekolah dan sentiasa tertekan dengan apa yang berlaku di sekolah..

tp beliau tidak mengetahui, sekiranya beliau tamat sekolah nanti, betapa kerinduan terhadap sekolah itu semakin menebal, cikgu-cikgu yang selalu dikutuk kerana ketegasan semakin dirindui, saat-saat sedang bergembira bersama kawan-kawan semakin jauh apabila semua mula mengejar cita-cita sendiri..

berbanding ketika berada di universiti di mana kawan-kawan tidaklah sesejati seperti di sekolah, aku puntidak tahu kenapa, adakah kerana usia yang semakin meningkat, ataupun kerana terlalu mengejar kejayaan cuma yang aku perasan di universiti, kawan yang paling baik pun akan tetap tikam belakang kawannya sendiri..

ini berlainan dengan kawan di sekolah di mana setiap seorang akan sentiasa 'back up' kawan yang lain dan akan sentiasa bersama di saat senang dan susah.. kalau ya sila angkat tangan ye..

kerana itulah zaman semasa sekolah menengah tetap menjadi kenangan paling indah dalam hidup aku dan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah, nikmatilah pengalaman itu dengan sepenuhnya kerana apabila menginjak dewasa, anda akan tahu betapa kenangan itu akan dirindui dan berharap masa akan diputar kembali untuk sekali lagi menikmati kenangan itu..

LARANGAN MINUM BERDIRI

Mengapa Rasululloh SAW melarang kita minum sambil berdiri???

Kita selalu je mengam bil ringan akan perkara ini, x kata kat orang laen tapi aku sendiri juga merupakan golongan yang minum berdiri, jadi selepas pembacaab ini, aku harap aku dan semua pembaca dapat berubah perlakuan ini. jom baca fakta perubatan kat bawah ini mengenai kelebihan minum sambil duduk.

Ternyata secara perubatan, dlm tubuh kita terdapat penapis sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke kantung kencing, boleh mnyebabkan penyakit kristal ginjal.

Subhanallah, tiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bgi umatnya!

 
Terapi air putih : JANGAN LUPA BANYAKKAN MINUM AIIR MASAK..

1. Minum 2 gelas air setelah bangun tidur.. 
dapat membersihkan organ-organ internal.

2. Minum segelas air 30 minit sebelum makan.. 
dapat membantu fungsi seluruh pencernaan + ginjal.

3. Minum segelas air sebelum mandi..
dapat menurunkan tekanan darah.

4. Minum segelas air sebelum tidur.. 
dapat mencegah stroke + serangan jantung.

sumber: facebook
 

Friday, February 24, 2012

LAWAK :KISAH ATUK DAN CUCUNYA


Suatu petang yang damai, sedang si atuk sedang leka melayan perasaannya, datang si cucunya ingin bermanja.

 Si atuk bermonolog sendiri “ceh, kacau saja cucu aku ni, nk feeling-feeling sket petang-petang macam ni pun x boleh” tetapi kerana kasih dan sayang pada cucunya itu, dia terus aje melayan kerenah cucunya itu.

Cucu: atuk-atuk, tadi kan ade kawan kite tu duk berbangga dengan atuknya.

Atuk: ye ke, apa yang dia banggakan?

Cucu: xde apa pun, Cuma dia kata dulu atuknya pernah melawan penjajah jepun, sampaikan penuh parut satu badan sebab kena tetak.

Atuk: ye ke, dah tu apa yang hebatnya, atuk punya lagi hebat.
Cucu: ye ke tuk, cer citer sket, kite pun nak berbangga juga dengan atuk kite.

Atuk: xde apa pun, Cuma dulu masa tengah lawan ngan jepun, ade la seorang askar tu cuba nk tetak atuk ni, tapi atuk rilek je, angkat tangan atuk nak tahan tetakan askar jepun tu.

Cucu: waaa, biar betul tuk, atuk ade ilmu kebal ke? Hebat betul!!

Atuk: ilmu kebal hotak kau, sebab kejadian tu la tangan atuk dah putus sekarang, dah-dah pergi main jauh-jauh, atuk nak feeling jap ni.

            Cucu: !@#$^&%*

Maka berlalulah pergi si cucunya dengan muka masam mencuka.

DIAM LEBIH BAIK


Assalamualaikum..

                Pernah dengar satu pepatah ni “diam itu emas”? aku baru je terbaca pasal pepatah ni dan aku memang setuju dengan pepatah ini.

                Diam di sini bukanlah bermaksud kita menjadi seorang yang pendiam dan langsung tidak bercakap cuma yang ingin dibincangkan di sini adalah tahap kematangan seseorang itu dalam membuat keputusan. Apa agaknya ya kaitan diam dan tahap kematangan seseorang?

                Begini, dalam dunia sekarang ni, setiap orang ada pandangan sendiri x kira la dalam politik ke, dalam persahabatan ke, dan dalam membuat keputusan walau dalam apa jua situasi pun. Kita sentiasa mempunyai pendapat sendiri dan kita sentiasa yakin bahawa pendapat kita tu betul.

                Dan aku dapat tengok trend sekarang ni, semua duk luah kat fesbuk je pendapat tu dan apabila ramai yang komen dan tidak bersetuju dengan pendapat kita, mulalah terjadi perbahasan untuk menegakkan pendapat kita tu, makin lama makin panas sehingga terjadi satu perbalahan antara kawan-kawan.
                Daripada itu, kita sudah dapat mengagak tahap kematangan seseorang, di mana seseorang yang tidak dapat menerima sekiranya orang lain tidak menyetujui pendapat mereka sehingga terjadinya pergaduhan. Adakah tindakan itu menunjukkan seseorang itu matang? Tentu sekali tidak. Ye dak?

                Sebab itulah aku kata kat sini bahawa diam itu lebih baik, x ada guna untuk berbalah hanya keran kita berbeza pendapat dan pandangan dan sekiranya kita x mampu menerima teguran dan bangkangan seseorang yang tidaak setuju dengan pandangan kita tu, lebih baik diam sahaja.

                Aku pun tergolong dalam seseorang yang suka meluahkan pandangan, tetapi aku tidak pernah merasakan setiap pandangan aku ini betul dan kerana itulah aku lebih suka berkongsi di sini dan menerima setiap pandangan dan pendapat orang lain den juga menerima segala teguran sekiranya pandangan aku ni salah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...