Assalamualaikum..
Tajuk yang biasa didengar, tetapi berapa ramai yang mampu mengaplikasikannya? Seumur hidup aku la sepanjang 21 tahun ni, aku x pernah lagi jumpa seseorang yang berjaya berhenti merokok dengan sepenuhnya tetapi aku tahu ada di kalangan orang di luar sana tu dah berjaya berhenti merokok. Ye dak? Okeh2, xyah nak buang masa lagi, jom aku ajar cara nak berhenti merokok ni.
1. Sebelum berhenti merokok, kita kena berhenti MEMBELI rokok. Bila kita berhenti membeli rokok, secara automatiknya, kita akan meminta rokok daripada kawan-kawan kita. Ada dua kemungkinan akan terjadi di sini. Pertama, kita akan merasa malu kerana asyik meminta dan kedua kawan kita akan merasa x puas hati kerana rokoknya selalu di “paw”. Kemungkinan pertama memerlukan semangat diri yang kuat untuk menghalang niat kita membeli rokok dan kemungkinan kedua akan menyebabkan kawan kita menyorokkan rokok itu daripada kita kerana sape la yang tahan kan asyik kena “paw” je kan? Tapi yang pastinya sebelum berhenti merokok, kita kena berhenti MEMBELI rokok.
2. Simpan je niat kita untuk berhenti tu hanya untuk pengetahuan diri sendiri. Maksud kat sini janganlah bagitau kat orang lain sebab aku yakin perokok-perokok di sekeliling kita tu, semakin diorang tahu kita nak berhenti, semakin diorang bagi ujian yang berat. Dalam tempoh untuk berhenti tu, sekiranya seorang kawan menghulurkan rokok, itu namanya rezeki. Tetapi sebaiknya tolak aje dan bagi je alasan sakit tekak, konfirm x cakap banyak dah kawan korang tu.
3. Sekiranya keinginan untuk merokok itu datang, cuba hiburkan diri anda dengan rancangan yang boleh membuatkan diri anda ketawa terbahak-bahak. X logik ke? Kita fikirkan balik, hisap rokok memerlukan ketenangan, baru syok kan. Dan kalau semamsa hisap rokok, kita ketawa terbahak-bahak, mesti akan terasa betapa peritnya tekak kita kan. Sebab tu la bila je kita tengok cerita kelakar, keinginan kita untuk merokok mesti menurun.
4. Jangan terlalu paksa diri untuk berhenti merokok. Nak berhenti merokok mesti la kena paksa diri kan sebab tu la aku letak ayat TERLALU tu. Jangan kerana nak berhenti merokok, mulut berbuih sampai tak sedarkan diri, stress berpanjangan dan xleh nak kawal emosi diri sendiri. Lebih elok jika dilakukan berperingkat dengan mengurangkan kuantiti rokok yang diambil.
5. Kurangkan aktiviti sosial dengan golongan perokok. Maksud kat sini bukanlah nak memutuskan silaturrahim tapi kurangkan sebab bila kita keluar bersosial dengan golongan perokok ni, keinginan untuk merokok semakin kuat dan aktiviti ini akan berulang kembali.
6. Minum banyak air masak. Yang ni aku x tau kaitan apa Cuma ada iklan dalam tv bagitahu.
Cukuplah tu kan cara-cara yang aku berikan, terpulang pada saudara saudari untuk mengaplikasikan atau tidak. Tu je la cara yang aku gunakan untuk berhenti merokok walaupun samapi sekrang masih lagi belum berjaya tetapi aku dah berjaya mengurangkan kuantiti pengambilan rokok sehari demi sehari. Tapi ada satu kata pepatah orang putih :
“stop smoking is the easiest things to do, that’s why i had done it hundreds of times”
Daripada ayat tu kita dah tau kan penulis ayat ni dah mencuba beratus kali untuk berhenti merokok tetapi masih x berjaya. Jadi, kepada semua perokok di luar sana tu, berhentilah merokok untuk diri anda sendiri dan juga untuk orang lain. Satu slogan dari aku:
“berhentilah merokok, ingatlah orang tersayang”