Assalamualaikum..
Kita bertemu sekali lagi dalam blog pencacai cerita ni. Pandai ke si penulis mencacai cerita? Semua terserah pada tuan-tuan dan puan-puan semua. Entry kali ni aku tujukan khas untuk semua ibu bapa dan anak-anak. Diharap dapat membaca dan memberi sedikit komen untuk sama-sama kita memperbaiki kelemahan diri.
Sebagai permulaan cerita ni, aku nk ceritakan situasi yang aku lalui tadi. Situasinya macam ni, seorang ibu ni merasa sungguh jelak akan kawannya yang sentiasa berbangga akan kebijaksanaan anaknya apabila anaknya berjaya memasuki sekolah berasrama penuh manakala anak si ibu tadi ni memasuki MRSM.
Hampir setiap hari si kawan ini akan mengatakan cita-cita anaknya yang ingin menjadi doktor dan peluang itu semakin cerah apabila berjaya memasuki sekolah berasrama penuh sehinggakan si kawan ini sering mambandingkan keputusan peperiksaan antara anaknya dengan anak si ibu tadi. Apabila perkara ini terjadi, si ibu yang tidak suka mengalah terus sahaja menyuruh anaknya itu belajar bersungguh-sungguh dan mengatasi pencapaian anak kawannya itu.
Itulah situasi yang aku lalui sebentar tadi. Tak faham akan situasi tersebut. Okay, aku terangkan, situasi di atas hanyalah permintaan si ibu yang menyuruh anaknya belajar bersungguh hanya untuk mengatasi keputusan anak kawannya itu. Kenapa pencacai cerita, ada masalah ke?
Mungkin tidak ada masalah tetapi daripada permintaan si ibu itu, si anak akan berasa tekanan untuk belajar semakin tinggi kerana perbandingan yang dilakukan itu. Tekanan ini jika dapat diuruskan sebaiknya mungkin akan berjaya memotivasikan diri si anak untuk belajr dengan lebih tekun tetapi jika tidak dapat diuruskan, apa yang akan terjadi pada si anak?
Si anak mungkin akan berasa rendah diri dengan keputusan yang mereka dapat dan ini menyebabkan si anak tidak dapat menumpukan perhatian pada pelajaran kerana asyik memikirkan akan perkara yang diberitahu si ibu.
Jadi, pada pendapat aku, untuk memberikan dorongan kepada si anak untuk belajar dengan lebih baik, ibu bapa haruslah menggalakkan persaingan yang bersih. Contohnya perbandingan keputusan dengan kawan-kawan mereka, sekiranya keputusan mereka rendah, galakkan mereka belajar dengan menggunakan pendekatan yang halus dan tegas tetapi janganlah sehingga mendesak mereka. Anak-anak juga ada perasaan dan mereka bukan robot yang boleh kita arah sesuka hati kita.
Akhir sekali, aku amat beharap ibu bapa tidak terus meletakkan tekanan ke atas anak-anak mereka di atas kegagalan yang mereka dapat, berikanlah dorongan dan nasihat agar kelemahan anak-anak itu berjaya dibaiki dan bukan tugas ibi bapa untuk terus mengajar anak-anak mereka?