Assalamualaikum..
Pernah dengar x peribahasa kat atas tu? Aku rasa mungkin semua pernah dengar dah peribahasa tu sebab tu mungkin antara peribahasa yang paling popular suatu ketika dulu. Ye dak?
Kali ni aku nak ajak korang semua untuk ukur kemampuan korang semua dan sama-sama kita menyedari hakikat akan ketidakmampuan kita untuk melakukan sesuatau perkara.
Ada ke orang yang sempurna dalam dunia ni, bagi aku tidak ada seorang pun yang sempurna dalam dunia ni kerana aku berpegang pada ayat tidak kira sehebat mana pun kita, akan ada lagi orang yang lebih hebat pada kita. Kerana ayat inilah aku sentiasa menyedari akan kemampuan aku ini.
Tetapi ada juga di kalangan kita yang sentiasa meletakkan satu sasaran yang kita sendiri juga fikir kita sendiri mungkin tidak akan dapat mencapainya. Maksud aku, ada di kalangan kita yang mempunyai tahap keyakinan yang tinggi yang merasakan dengan usaha dan kesungguhan, mereka akan mampu mencapai sasaran mereka yang setinggi langit itu.
Aku x la kata kat sini usaha dan kesungguhan itu tidak penting, cuma sasaran yang ingin dicapai itu terlalu tinggi dan dengan segala usaha dan kesungguhan mereka masih lagi gagal. Dan disebabkan mereka gagal mencapai sasaran mereka itu, tekana yang dialami semakin bertmabah dan mereka mula mula berputus asa. Itu ke yang kita hendak?
Sebab itu aku kata kat sini, sebelum menetapkan sesuatu tahap untuk diri kita tu, kita kena ukur baju kat badan sendiri dulu agar sasaran yang kita ingin capai tu bersesuaian dengan keadaan diri kita. Janganlah hari ni baru je hari pertama masuk ke universiti, fikiran dah menggelamun jauh ke depan sehingga dah berfikir untuk bekerja dengan siapa dengan gaji yang lumayan.
Salah ke pemikiran macam tu? Aku x kata salah cuma kan lebih baik kalau kita letakkan sasaran secara berperingkat. Masuk ke universiti, mula-mula tanamkan azam untuk berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang dahulu, kemudian barulah berfikir untuk kerja dan segala macam bagai tu. Ye dak?
Sebagai penutup entry ni, aku harap semua orang dapat mengukur dahulu kemampuan yang kita ada sebelum mula menetapkan sasaran kita dalam hidup. Jangan letakkan sasaran setinggi langit, dan jangan pula meletakkan sasaran serendah bumi, tetapkanlah sasaran yang mana kita rasa kita mampu untuk mencapainya.
Apa-apa pun sasaran hidup kita ni memang penting kerana ia mampu memperbaiki hidup kita ke arah yang lebih baik.