Singgah Sini Juga

Sunday, February 19, 2012

Barang mahal dan barang murah

Assalamualaikum..

Apa khabar semua, aku harap sesape yang duk baca blog aku ni sihat la. yang x baca pun aku doakan semoga sihat sejahtera. sekarang ni aku pun x tahu nak terangkan macam mana hal ni sebab tu la aku nak reka satu cerita ni dan diingatkan cerita ini tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Macam ni ceritanya, abu adalah seorang anak orang kaya dan kalau dah namanya orang kaya kan, mesti la banyak duit dan bila dah banyak duit mestilah pakai barangan jenama brand punya. LEVIS, CROCODILE, NIKE, ADIDAS dan banyak lagi la jenama yang menjadi pilihan si abu ni dan berlainan pula dengan ali yang keluarganya hanya mampu hidup sederhana dan disebabkan itu, dia langsung tidak memilih barangan yang dipakainya, dari rantau panjang ke, dari thailand ke, golok ke, semua dia sapu.

Dan suatu hari tu, kedua-dua ini telah bertemu. apabila bertemu abu melihat ali memakai kasut yang sama sebijik dengannya lalu dia bertanyalah harga yang kasut yang dibeli oleh ali itu. ali jujur je la dan bagitau dia beli kasut itu dekat pasar malam dan apabila ali mengetahui hal itu, terus je dia duk berbangga dengan kasutnya yang datang dari butik dengan harga yang mahal itu. x cukup dengan itu, dia mula mengejek-ejek ali keranan memakai barangan yang murah.

Okeh, sampai situ aje ceritanya, aku reka cerita tu berdasarkan kisah benar yang terjadi di hadapan mata aku. yang aku pelik tu, kenapa la nak merendahkan darjat seseorang tu atas apa yang dipakainya. ikut suka hati dia la nak pakai apa pun, janji dia x guna duit orang lain kan. satu lagi nak berbangga pun dengan barang yang kita ada tu, berbanggalah walaupun aku x sarankan korang berbangga kerana lebih baik diam aje kan, tapi janganlah bila nampak orang pakai barang murah ni, korang duk suka-suka ati je gelakkan diorang, suka-suka ati je duk kutuk-kutuk.

Cukuplah korang pakai barang mahal, dah berbangga dah.. tapi janganlah duk kutuk-kutuk orang yang pakai barang murah. ye dakk??

Last sekali, bagi penulis, barang mahal ke, barang murah ke, penulis x kisah asalkan barang itu selesa dipakai dan penulis mendapatkan barang itu dari sumber yang halal.

Sekian.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...