Singgah Sini Juga

Friday, January 13, 2012

LAWAK: Orang Tua dan Budak-Budak

Suatu hari, seorang orang tua telah menasihati sekumpulan budak-budak kerana telah mencuri buah cikunya.

Orang Tua: kamu ni nak jadi apa la, apasal la kamu duk curi buah ciku tu, kalau kamu nak pak cik boleh bagi.

Budak-Budak: ok pak cik, kami minta maaf. kami janji x buat lagi.

Orang Tua: bagus tu, ingat ye buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. ingat ye pasni.

Budak-Budak: ok pak cik.(sambil memikirkan sesuatu)

Keesokan harinya, budak-budak tu masih lagi mencuri buah ciku orang tua tersebut. Berlari pak cik nk tangkap budak-budak tu.

Orang Tua: oi, apesal kamu curi lagi buah pak cik ni, kan pak cik dah cakap, kalau nk minta je, pak cik bagi. mencuri tu perbuatan yang jahat tau x?

Budak-Budak: (dengan muka takut) kami tau mencuri tu jahat pak cik, tp semalam pak cik cakap buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Sebab jangan sekali, kami buat banyak kali.

Oraang Tua: !@#$%^&*


Mahasiswa dan Politik

Assalamualaikum..

Seperti yang aku baca kat Facebook dan akhbar-akhbar, aku makin ramai mahasiswa yang semakin aktif dengan politik ni. Aku rasa aku ni pun dah ketinggalan zaman sikit kot sebab peristiwa kat UPSI tu mungkin dh slow sikit sekarang. Bukan apa, sebab perasaan masa tu marah sangat bila mahasiswa diperlakukan sebegitu rupa. Kalau aku tulis masa tu, mungkin akan dipengaruhi oleh perasaan marah tu kot. Tapi jangan bimbang la, sekarang ni perasaan tu dah hilang dan perkara yang ingin aku tulis ni xde kene mengena sangat dengan kejadian tu.

Tajuk kat atas tu mungkin dah terangkan serba sedikit tentang apa yang ingin aku tuliskan di sini, sekali lagi ingin aku jelaskan entry ni berkaitan dengan mahasiswa dan politik. Sekarang ni memang x dapat disangkal, mahasiswa dan politik sudah tidak dapat dipisahkan, dan perkara ini seharusnya tidak dihalang oleh banyak pihak kerana mahasiswa inilah yang akan memimpin negara pada masa hadapan. Ye dakk??

Tetapi selepas seorang kawan aku berkongsi cerita apa yang dikatakan oleh ayahnya kepadaku, aku rasa aku x boleh lagi la nk main politik ni. meh aku kongsikan cerita ni dengan keizinan kawanku itu.

"Abang (panggilan ayahnya padanya), abah x harap abang terlibat dalam mana-mana yang ada kaitan dengan politik ni, abang seorang pelajar dan tugas abang adalah untuk belajar. abah tahu semangat abang nak berjuang untuk menegakkan keadilan tu kuat sebab abah masa muda-muda dulu pun macam tu juga, cuma sekarang ni abang kena fikir tanggungjawab abang dulu. Yang pertama mestilah pada Yang Maha Berkuasa, yang kedua adalah pada keluarga abang, tunaikan tanggungjawab pada keluarga abang dahulu, abang masih ada mak, abah dan adik beradik untuk dijaga dan abang tahu kan abah kerja dengan pihak swasta, nanti bila abah dah pencen sape nak tanggung keluarga kita, abang la harapan keluarga kita.


Abah x marahkan abang nak berpolitik tapi sekarang ni bukan masanya lagi, abang belajar dan tumpukan perhatian untuk dapatkan keputusan yang cemerlang, cari kerja yang mampu menjamin masa depan dan jagalah adik-adik tu, bila semua tanggungjawab pada keluarga abang ni dah selesai, abang nk berpolitik, politiklah, abah x halang dah, cuma sekarang ni. belajar elok-elok, dapatkan result yang bagus dan buat abah ngan mak bangga dengan abang."

Tu je la yang dia kongsi dengan aku dan serta merta aku teringatkan abah ngan mak aku kat kampung, terus je semangat nak belajar jadi makin kuat supaya dapat menunaikan tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh abahku kepadaku.

Ops, satu lagi ayat yang paling 'makan dalam' yang diberitahu oleh ayahnta yang aku x kongsikan..

"kalau tanggungjawab kat keluarga kecil ni pun abang xleh nk tunaikan, macam mana abang nak tunaikan tanggungjawab kat masyarakat kita yang berjuta kat luar sana tu..??"


Aku hanya berkongsi pendapat dengan korang semua je ni. Kalau nk ikut, ikutlah. Kalau x nak ikut, xpe. Satu lagi, aku x halang mahasiswa nak berpolitik dan ini hanyalah pandangan peribadi aku sebagai seorang mahasiswa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...