Singgah Sini Juga

Friday, February 24, 2012

LAWAK :KISAH ATUK DAN CUCUNYA


Suatu petang yang damai, sedang si atuk sedang leka melayan perasaannya, datang si cucunya ingin bermanja.

 Si atuk bermonolog sendiri “ceh, kacau saja cucu aku ni, nk feeling-feeling sket petang-petang macam ni pun x boleh” tetapi kerana kasih dan sayang pada cucunya itu, dia terus aje melayan kerenah cucunya itu.

Cucu: atuk-atuk, tadi kan ade kawan kite tu duk berbangga dengan atuknya.

Atuk: ye ke, apa yang dia banggakan?

Cucu: xde apa pun, Cuma dia kata dulu atuknya pernah melawan penjajah jepun, sampaikan penuh parut satu badan sebab kena tetak.

Atuk: ye ke, dah tu apa yang hebatnya, atuk punya lagi hebat.
Cucu: ye ke tuk, cer citer sket, kite pun nak berbangga juga dengan atuk kite.

Atuk: xde apa pun, Cuma dulu masa tengah lawan ngan jepun, ade la seorang askar tu cuba nk tetak atuk ni, tapi atuk rilek je, angkat tangan atuk nak tahan tetakan askar jepun tu.

Cucu: waaa, biar betul tuk, atuk ade ilmu kebal ke? Hebat betul!!

Atuk: ilmu kebal hotak kau, sebab kejadian tu la tangan atuk dah putus sekarang, dah-dah pergi main jauh-jauh, atuk nak feeling jap ni.

            Cucu: !@#$^&%*

Maka berlalulah pergi si cucunya dengan muka masam mencuka.

DIAM LEBIH BAIK


Assalamualaikum..

                Pernah dengar satu pepatah ni “diam itu emas”? aku baru je terbaca pasal pepatah ni dan aku memang setuju dengan pepatah ini.

                Diam di sini bukanlah bermaksud kita menjadi seorang yang pendiam dan langsung tidak bercakap cuma yang ingin dibincangkan di sini adalah tahap kematangan seseorang itu dalam membuat keputusan. Apa agaknya ya kaitan diam dan tahap kematangan seseorang?

                Begini, dalam dunia sekarang ni, setiap orang ada pandangan sendiri x kira la dalam politik ke, dalam persahabatan ke, dan dalam membuat keputusan walau dalam apa jua situasi pun. Kita sentiasa mempunyai pendapat sendiri dan kita sentiasa yakin bahawa pendapat kita tu betul.

                Dan aku dapat tengok trend sekarang ni, semua duk luah kat fesbuk je pendapat tu dan apabila ramai yang komen dan tidak bersetuju dengan pendapat kita, mulalah terjadi perbahasan untuk menegakkan pendapat kita tu, makin lama makin panas sehingga terjadi satu perbalahan antara kawan-kawan.
                Daripada itu, kita sudah dapat mengagak tahap kematangan seseorang, di mana seseorang yang tidak dapat menerima sekiranya orang lain tidak menyetujui pendapat mereka sehingga terjadinya pergaduhan. Adakah tindakan itu menunjukkan seseorang itu matang? Tentu sekali tidak. Ye dak?

                Sebab itulah aku kata kat sini bahawa diam itu lebih baik, x ada guna untuk berbalah hanya keran kita berbeza pendapat dan pandangan dan sekiranya kita x mampu menerima teguran dan bangkangan seseorang yang tidaak setuju dengan pandangan kita tu, lebih baik diam sahaja.

                Aku pun tergolong dalam seseorang yang suka meluahkan pandangan, tetapi aku tidak pernah merasakan setiap pandangan aku ini betul dan kerana itulah aku lebih suka berkongsi di sini dan menerima setiap pandangan dan pendapat orang lain den juga menerima segala teguran sekiranya pandangan aku ni salah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...