Singgah Sini Juga

Thursday, February 16, 2012

JENIS-JENIS MANUSIA DALAM FACEBOOK

Assalamualaikum..

gambar dari google


                Jom ramai-ramai kita tengok jenis manusia yang ada dalam facebook ni. Bukan nak memburukkan dan tiada niat pula nak mengaibkan sapa-sapa. Hanya untuk hiburan semata-mata.

1.       Jenis meluahkan perasaan.

Yang ni akan sentiasa mengupdate statusnya dengan ayat-ayat jiwang dan sedih.

2.       Jenis muhasabah diri dan orang lain.

Yang ni bagus kerana setiap statusnya diupdate dengan setiap ayat dan hadis yang mampu memberikan pengajaran kepada diri sendiri dan orang lain.

3.       Yang suka meng’hack’ orang lain punya facebook.

Golongan yang ni pun ada, pantang ada member x ‘log out’ facebook, diupdatenya status member  tu dengan ayat yang ‘kaw’ punya.

4.       Manusia yang perasan dirinya bagus.

Ini pun tidak terkecuali, ada juga manusia yang kadang-kadang perasan dirinya itu kacak atau kaya dengan status yang diupdate untuk menunjuk-nunjuk. Atau mungkin ianya hasil golongan ‘ketiga’ tu.

5.       Jenis yang upload gambar.

Yang ni wajib ada. Biasanya golongan ni akan sentiasa mengupload gambar diri sendiri dan sentiasanya akan meletakkan tajuk ‘gambar hodoh je, jangan la bukak’ x pun ‘ x tahu la nak letak tajuk apa’. Bila dah bukak nampak la gambat muncung itik dengan tangan kat pipi.

6.       Jenis yang suka ‘like’ dan yang suka statusnya di’like’ ramai orang.

Yang ni memang ada, setakat ni dah ada 3 orang yang hantar chat kat facebook aku suruh aku like status dia. Yang kaki ‘like’ ni ok lagi la. X menyusahkan sangat pun kan. Yang suka di’like’ tu, apa pekdahnya kalau ramai yang like kan?

Ada lagi ke golongan yang lain, kalau ada tu kongsi je lah kat bawah ni, aku x larat nak tulis dah. Kalau ikutkan aku ni, mungkin aku lebih kepada golongan no 3 kot. Syok kot dapat ‘hack’ orang pastu tengok berapa ramai yang ‘like’ dan komen kat status yang di’hack’ itu. Jangan cuba perkara ini di rumah ye.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...